Tiga Produk Razer Ini Pasti Buat Anda Lebih Digeruni

Razer, nama yang tidak asing dalam arena permainan digital sentiasa hadir dengan produk-produk yang berkualiti khas buat gamers di seluruh dunia. Pada kali ini, mereka telah mengumukan tiga produk baru yang pasti akan mengiurkan anda.

Selain grafik, kualiti audio juga boleh menyumbang kepada pengalaman gaming yang menarik. Sebab itulah gergasi pengeluar peralatan komputer itu telah menambah baik Razer ManO’War dengan memberikan ciri bunyi keliling. Razer ManO’War 7.1 adalah set fon kepala terbaru daripada Razer.

160907-manowar 71

Lihat sahaja rupa luarannya sudah cukup menggambarkan keseriusan Razer dalam penghasilan peranti yang bermutu tinggi. Pendakap telinga yang besar dan tebal akan memisahkan telinga pemakai dengan dunia sekeliling bagi memastikan hingar dari luar diserap sempurna. Mikrofonnya boleh ditarik keluar dan disembunyikan untuk memberi lebih kemudahan pada gamer yang tidak memerlukan komunikasi suara berlaku.

Magis bunyi keliling 7.1 berlaku pada sekeping litar elektronik yang hadir antara sumber bunyi dengan fon kepala. Enjin bunyi keliling proprietari Razer ini menukarkan isyarat digital kepada analog dan seterusnya mensimulasikan bunyi keliling yang padu pada kedua-dua unit speaker bersaiz 50mm.

160907-manowar 71 surround

Daripada fon kepala, Razer juga mengumumkan satu papan kekunci baru yang unik. Razer Ornata Chroma adalah papan kekunci hibrid yang menggabungkan manfaat kekunci mekanikal dengan membran. Kekunci mekanikal memberikan input yang jitu dan pantas daripada pengguna kepada komputer berbanding membran, tetapi kekunci membran lebih selesa digunakan untuk satu jangka masa yang panjang. Gabungan kedua-dua teknologi itu telah menghasilkan teknologi Razer Mecha-Membrane yang digunakan pada Razer Ornata Chroma.

160907-ornata chroma

Selain itu, rekaan ergonomik papan kekunci ini juga menambahkeselesaan semasa menggunakannya. Contohnya, pad untuk mmerehatkan pergelangan tangan disediakan bagi mengekalkan keselesaan walaupun bermain untk satu jangka masa yang lama.

160907-ornata chroma switches

Teknologi Razer Chroma juga didatangkan sekali pada papan kekunci Ornata ini. Ia membolehkan lampu latar pada papan kekunci ini memancarkan lebih 16.8 juta warna yang boleh diprogramkan. Bagi menambah perisam setiap satunya boleh diprogramkan mengikut jenis permainan ataupun mood pemain.

Alas tetikut juga adalah antara produk baru yang diumumkan Razer. Ia bukanlah alas tetikus yang biasa, tetapi menerima rawatan Razer Chroma. Jika anda memiliki lebih daripada satu peralatan yang ada Razer Chroma, lampu RGB-nya boleh diselarikan antara satu-sama lain.

160907-fireflycloth

Permukaan alas tetikus ini ditenun dengan rapi hasil maklum balas atlet-atlet e-Sukan. Maka, tidak kira tahap kepekaan tetikus, alas tetikus ini mampu memberikan input yang tepat.

Jika anda meminati salah satu produk yang Razer lancarkan di atas, sila lawati laman rasmi mereka. Harga jualan produk-produk tersebut adalah seperti berikut:

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: