PS4 Pro Kini Lebih Berkuasa Dan Menyokong Permainan 4K

Sony mengumumkan satu konsol baru yang diberi nama PS4 Pro. Varian ini memiliki cip pemproses yang lebih pantas dan boleh menghasilkan visual sehingga 4K. Walau bagaimanapun, PS4 Pro tetap PS4. sebuah konsol permainana video generasi kelapan yang sebaris dengan Xbox One S dan Wii U.

160909-ps4-pro

Hasil penambahbaikkan pada CPU dan GPU, PS4 Pro kini boleh memberikan kualiti grafik yang lebih tinggi. Pemilik TV 4K pula boleh bermain pada resolusi 4K dan frame rate yang lebih stabil. Selain itu, pengguna juga boleh menikmati kandungan 4K daripada perkhidmatan strim seperti Netflix dan YouTube.

Pemilik TV HD biasa pula turut boleh menerima manfaat daripada peningkatan kuasa pemproses PS4 Pro. PS4 asal juga boleh digunakan bersama set Playstation VR yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pad kawalan juga menerima beberapa godekan. DUALSHOCK4 (CUH-ZCT2) kini turut memancarkan cahaya melalui celah-celah pad sesentuhnya, seperti yang bar cahaya bahagian hadapan pad kawalan yang asal. Maka, pembangun boleh memanfaat fungsi baru ini untuk memberikan maklumat visual seperti jumlah nyawa dan sebagaimanya.

160909-ps4-new-dualshock

Selain menggunakan sambungan Bluetooth, ia kini boleh disambungkan pada aksesori tambahan melalui sambungan USB. Kini port USB mempunyai lebih fungsi selain daripada mengecas.

Kamera, (CUH-ZEY2), pula telah menerima rekaan baru yang masih mengekalkan ciri-ciri lama. Cuma rekaan kali ini berbentuk silinder dan lebih kompak untuk memudahkan ia ditenggekkan pada set TV pengguna.

160909-ps4-new-camera

PS4 Pro akan mula dijual pada 10 November tahun ini pada harga RM1,799 bersama-sama DUALSHOCK4 yang baru (RM209) dan kamera (RM229).

Jika anda berkira-kira ingin membeli atau menaik taraf PS4 beberapa soalan ini mungkin menjawab keraguan anda.

S: Apakah PS4 Pro?
PS4 Pro adalah PS4 yang telah ditambah baik daripada PS4 yang asal. Anda kini boleh bermain dalam format 4K hasil pembaharuan pada perkakasan dalamannya. Namun begitu, PS4 Pro bukan lah konsol generasi baru yang menjadikan PS4 sekarang obselete.

S:Dimanakah perbezaan antara PS4 dengan PS4 Pro.
PS4 Pro adalah konsol yang nyata lebih berkuasa daripada PS4 yang asal. Ia memanfaatkan seni bina teknologi grafik “Polaris” daripada AMD seperti yang digunakan pada cip grafik GTX1080. Pertambahan kuasa ini membolehkan pembangun menghasilkan permainan yang lebih tinggi kualiti visualnya.

S:Selain daripada kuasa pemproses yang dipertingkat apakah manfaat lain yang ada pada PS4 Pro?
Setiap konsol PS4 Pro akan memiliki HDD seluas 1TB, keupayaan WiFi lebih pantas, sehingga IEEE 802.11ac dan port USB3.1 Gen.1 yang ketiga pada bahagian belakangnya. Selain daripada yang dinyatakan di atas, PS4 Pro memang serupa dengan PS4 yang asal.

S: Adakah semua permainan PS4 boleh dimainkan pada PS4 Pro.
Ya, semua permainan PS4 boleh dimainkan pada PS4 Pro. Pengeluar permainan juga boleh memanfaatkan kuasa tambahan pada PS4 Pro untuk menaik taraf permainan mereka melalui naik taraf yang boleh dimuat turun pengguna.

S:Adakah PS4 memerlukan TV 4K?
Tidak, PS4 Pro boleh menghasilkan visual sehingga 4K tetapi tidaklah bermakna anda memerlukan TV 4K. Ia masih menyokong semua TV dengan sambungan HDMI.

S:Adakah pengguna masih menerima manfaat jika menggunakan PS4 Pro pada TV bukan 4K?
Ya, PS4 Pro mampu menjalankan proses render dengan lebih berkesan serta mengekalkan frame rate yang lebih tinggi walaupun tidak disambung pada TV 4K. Malahan, jika kandungan visual yang dimainkan PS4 Pro lebih kecil daripada yang sepatutnya, ia akan mengalami upscale sehingga resolusi 4K.

[Sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: