Nexus Launcher Kini Pixel Launcher

Angin khabar kencang menyatakan bahawa Google akan melepaskan nama Nexus yang digunakan sejak 2010. Sebaliknya nama “Pixel” akan digunakan untuk mewakili semua peranti hasil tangan Google sendiri. Selepas Pixel C, satu lagi produk Pixel terbebas ke ekosistem iaitu Pixel Launcher.

Perubahan paling menarik berbanding yang ada panda Nexus Launcher adalah pada ikon Google Calendar. Ikon kalendar kini mempamerkan hari bulan yang sebenar. Tetapi, pada halaman mukanya sudah pun ada maklumat tarikh yang lebih besar dan jelas.

160913-pixel-launcher-landscape-01

Ikon kalendar kini menunjukkan hari bulan yang sebenar

Pada iOS, fungsi ini sudah lama ada. Hal ini tidak menghairankan kerana iOS tidak menyokong widget seperti Android.

Fungsi-fungsi lain adalah sama seperti Nexus Launcher yang sedang digunakan oleh Android 7.0 Nouget buat masa ini.

Anda boleh mencuba Pixel Launcher sekarang dengan memuat turun fail .APK daripada pautan sumber.

[sumber]

160913-pixel-launcher-portrait

Launcher dalam mode menegak

160913-pixel-launcher-landscape-02

Application tray dalam mode melintang

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: