Jualan harga runtuh produk audio di Jaben Nu Sentral

Jaben merupakan satu nama pengedar fon kepala berkualiti tinggi yang agak dikenali ramai di Kuala Lumpur. Dengan hasrat memberikan pengalaman aduio peribadi terbaik kepada pembeli, Jaben mengumumkan jualan promosi khas hujung minggu ini.

Jenama fon kepala terkemuka dari seluruh dunia boleh didapati di Jaben. Antarnya seperti Audio-Technica, Beyerdynamic, Sennheiser, JVC, Sony, Jaybirds, Bose, Shure, JH Audio, Ultimate Ears, Advanced Acousticwerkes dan Fit Ear.

Jaben menekankan keselesaan pengguna di setiap stor mereka. Pengunjung boleh meluangkan masa untuk mencuba sendiri pelbagai produk audio yang terdapat di dalam kedai tanpa ganguan. Selepas berpuas hati, pembeli turut boleh mendapatkan tempahan khas yang sesuai mengikut citarasa sendiri.

Untuk acara promosi khas hujung minggu ini, Jaben akan mengadakannya di cawangan mereka di Nu Sentral, bermula dari hari Jumaat, 23 September sehingga hari Ahad, 25 September 2016.

jualan-promosi-jaben-di-nu-sentral-30-ie-beyerdynamics-setiap-hari

Antara tawaran yang menanti pengunjung di storJaben Nu Sentral adalah, diskaun sehingga 70% untuk unit demo dan produk terpilih, serta harga runtuh bagi fon kepala dalam telinga Beyerdynamic’s DTX 41 IE. Ia dijual pada harga RM69 sahaja (harga biasa RM199), tetapi terhad kepada 30 unit sahaja setiap hari.

Kepada yang berminat, jangan lupa untuk berkunjung ke stor Jaben hujung minggu ini di alamat L2-22, Nu Sentral Mall, Kuala Lumpur. Pasti ada lebih banyak produk audio menarik boleh anda cuba sendiri di sana, serta harga yang mungkin menakjubkan. Layari Facebook Jaben Malaysia untuk maklumat lanjut.

jualan-promosi-jaben-di-nu-sentral-fon-kepala-terpilih

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia