[IFA2016] ZTE Axon 7 Mini Miliki Speaker Stereo Bergred Pawagam

Serentak dengan pelancaran ZTE Axon 7 yang berlaku di Malaysia, ZTE juga melancarkan ZTE Axon 7 Mini di Berlin sempena dengan IFA 2016. Axon 7 Mini, walaupun tidak sekuasa saudaranya, Axon 7, ia masih masih menyerlah dalam satu kategori ini, audio. Tidak hairanlah hampir 70% kandungan pembentangannya berkaitan bunyi-bunyian.

150902-zte axon 7 mini depan

Dibina sepenuhnya daripada besi bergred penerbangan, telefon ini memberikan perasaan premium pada si pemakainya. Melalui cip audio khas yang terpateri pada papan utamanya, telefon boleh memainkan kandungan Hi-Fi tanpa masalah.

Bagi yang arif dalam bidang audio, rata-rata bersetuju bahawa speaker yang ada pada telefon selalunya tidak mantap. Ia selalunya berhadapan dengan masalah clipping, fenomena yang berlaku apabila speaker terpaksa menghasilkan bunyi diluar daripada frekuensi yang boleh ditampung mereka.

 150902-zte axon 7 mini stereo speaker

Tetapi, semasa berada di zon pameran, sampel audio yang dimainkan melalui corong speaker stereo yang ada Axon 7 Mini tidak mengalami masalah clipping, malah bunyi air mengalir masih jelas didengar walau kami berada dalam persekitaran hingar-bingar. Speaker stereo adalah sesuatu yang amat di alu-alukan kerana secanggih mana teknologi audio yang diberikan, ia hanya sia-sia jika punca bunyi yang keluar tidak simetri,

ZTE juga mengumumkan mereka telah menerima bantuan pihak Dolby untuk menala peranti mereka untuk dijadikan raja audio. Dua orang yang memang arif dalam lapangan audio juga dijemput untuk mencuba sendiri Axon 7 Mini dan hasilnya mereka semua berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan si ‘mini’ ini.

Walaupun mini, saiznya bukanlah dilambangkan oleh perkataan itu. Ia memiliki saiz paparan 5.2″ beresolusi HD penuh. Berbanding saudaranya yang menerima cip Snapdragon 820, Axon 7 Mini diberikan cip yang agak usang, Snapdragon 617, tetapi menerima RAM sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 64GB.

150902-zte axon 7 mini belakang

Seperti kebanyakkan telefon hari ini, iz juga memiliki pengimbas cap jari pada bahagian belakangnya untuk memberi lebih keupayaan padanya. Ia menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow yang bersadur ZTE MiFavor 4.0

Bahagian optikal peranti ini pula menerima sensor pengimejan sebesar 16MP dengan apertur seluas F1.9 beserta OIS pada bahagian belakangnya. Pada kamera selfie pula, telefon ini memiliki sensor sebesar 8MP.

150902-zte axon 7 mini price

Daripada 9 buah negara seluruh dunia yang akan mula menjual Axon 7 Mini pada 7 September, Malaysia tidak kelihatan dalam senarai tersebut. Walau bagaimanapun, telefon ini dijual pada harga bermula 299 euro (RM ~1,370).

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: