HTC Desire 10 Mula Mengintai Keluar

Tidak lama lagi, HTC akan melancarkan sebuah telefon kelas pertengahan untuk menemani HTC 10. HTC Desire 10 mungkin akan hadir dalam dua varian iaitu “Pro” dan “Lifestyle”.

Setakat ini, sudah tiga video pendek yang menunjukkan sekilas pandang telefon itu dikongsikan di Internet. Video dengan tempoh antara 17 hingga 20 saat itu menunjukkan fungsi cap jari dan bahagian kamera beserta angka “150”. Adakah 150 ada kaitan dengan luas sudut pandang kameranya?

Beberapa maklumat yang sempat dibocorkan oleh penebuk hebat dunia teknologi, Evan Blass, menyatakan bahawa Desire 10 Pro memiliki perkakasan lebih rendah berbanding Desire 10 Lifestyle. Besar kemungkinan mereka akan memiliki cip pemproses Snapdragon beserta RAM sebesar 2 GB, storan sebesar 16 GB atau 32 GB beserta satu slot mikro-SD.

Bahagian optikal kamera pula bakal menerima kamera utama sebesar 13MP beserta flash tunggal LED. Speaker Hi-Fi Boomsound juga akan hadir bersama.

Walau bagaimanapun, butiran Desire 10 Pro masih lagi belum didedahkan walau sedikit.

Flagship mereka, HTC 10 pada masa ini berharga RM 2,799. Berapakah harga HTC Desire 10 ini? Mampukah ia bersaing dengan peranti flagship berharga bawah RM 2,000 seperti Mi5 dan OnePlus 3?

Semua persoalan akan terungkai dengan sendirinya pada 20 September ini pada jam 3 petang waktu Malaysia.

[sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: