honor 5A peranti mampu milik terbaru dari honor

Dalam majlis pelancaran Honor 8, honor Malaysia turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar yang lebih mampumilik. Telefon pintar honor 5A diumumkan sejurus selepas pengumuman Honor 8.

Honor 5A merupakan sebuah telefon pintar mampumilik dengan harga bermula dari RM599. Ia memiliki skrin 5.5-inci HD, yang dikuasakan CPU Kirin 620 8-teras, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman, bersama slot mikroSD untuk storan tambahan.

pelancaran honor 5A Malaysia - spesifikasi

Honor 5A dipasang bateri sebesar 3,100mAh dan akan menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, di bawah antaramuka EMUI 4.1 terbaru dari Huawei. Bagaimanapun, badan Honor 5A tidak diselaputi besi sepenuhnya. Ia menggunakan polikarbonat bertekstur di belakang.

Kamera belakang Honor 5A dilengkapi sensor 13MP f/2.0 serta lensa 28mm. Kamera depannya pula tidak kurang juga hebat, 8MP BSI dengan f/2.0 dan lensa 27mm.

honor 5A - putih depan hitam emas belakang

Honor 5A menyokong rangkaian sehingga 4G LTE. Ia masih menggunakan sambungan mikro USB 2.0 untuk pengecasan dan penghantaran data berwayar.

Honor Malaysia menawarkan tiga warna untuk Honor 5A. Warna Hitam dan Putih dijual pada harga RM599, manakala warna Emas berharga RM629. Ia boleh mula dibeli pada 20 September 2016, di laman Vmall, Lazada Malaysia dan juga DirectD.

pelancaran honor 5A Malaysia - harga jualan

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: