Hashtag #madebygoogle buat peminat Android berdebar

Semalam bila Google di akaun Twitternya mengeluarkan tweet beserta hashtag #madebygoogle, ramai pemerhati dan peminat sistem itu teruja.

Apa tidaknya, kalau diklik di link ini: madeby.google.com, si tukang klik akan terbawa ke sebuah laman maya yang cuma bertulis ‘Oct. 4’ dan terdapat sebuah tetingkap berbentuk telefon pintar yang memaparkan satu siri imej yang indah.

Di bawah tetingkap kecil itu, anda boleh masukkan email anda untuk mengetahui lebih lanjut.

made-by-google-daftar-emel

Di daerah global Twitter, pemilik akaun pemerhati teknologi seperti Android Central, Whats On Tech dan 24×7 Techie masing-masing ternanti-nanti apakah yang bakal dilancarkan oleh syarikat teknologi itu pada Oktober 4 nanti.

Ada juga pemilik akaun Twitter seperti @andorkish dan @revreddy yang meramalkan Google bakal lancarkan telefon pintar berjenama Pixels. Malah pemilik akaun @bhough sudah pun bersedih dan mengucapkan selamat tinggal kepada jenama telefon pintar Google terdahulu, Nexus.

Apa akan jadi nanti?

[SUMBER]

%d bloggers like this: