Galaxy Tab A Baru Lebih Berdaya Keluar Dengan S Pen

Selepas menyertakan teknologi S Pen pada Galaxy Tab A pada April tahun lepas, tahun ini Samsung telah mengemas kini tablet tersebut dengan pelancaran Galaxy Tab A (2016). Kemas kini yang Samsung bawakan amatlah besar.

160914-galaxy-tab-2016-modelling

Untuk edisi 2016, Samsung telah menyisihkan tablet bersaiz 8 inci dan mengumumkan hanya satu varian iaitu 10.1 inci. Paparannya, daripada saiz XGA (1024×768) kini diperbesar kepada WUXGA (1920×1200).

Ia kini digerakkan cip pemproses Exynos 7870 bersama-sama 3 GB RAM dan storan dalaman sebesar 32 GB. Satu slot mikro-SD juga disediakan dan berupaya menyokong kad bersaiz sehingga 256 GB. Slot kad SIM juga ada dan menyokong capaian 4G LTE serta fungsi panggilan telefon.

Teknologi S Pen yang diberikan pada Galaxy Tab A (2016) ini adalah sama seperti yang ada pada Galaxy Note7, termasuklah off-screen memo dan penterjemahan masa nyata.

160914-galaxy-tab-2016-spen

Bateri pula daripada 6000 mAh ditambah menjadi 7300 mAh. Perkakasan optik belakangnya diberikan sensor CMOS sebesar 8 megapiksel dan kamera sekunder menerima sensor 2 megapiksel.

Walau bagaimanapun, buat masa ini ia hanya dilancarkan di Korea Selatan. Harga jualannya adalah KRW 489,000 (RM 1,794)

[sumber, melalui]

160914-galaxy-tab-2016-spec

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: