Galaxy Note7 mungkin akan dipanggil pulang

KEMASKINI: Samsung mengeluarkan kenyataan rasmi tentang masalah bateri Galaxy Note7.

Pelancaran Galaxy Note7 di Malaysia yang sepatutnya dilakukan bulan lepas, ditangguhkan ke satu tarikh yang belum pasti. Dan ia mungkin akan ditangguhkan lebih panjang apabila terdapat laporan dari Korea, membawakan berita duka dari Samsung.

Laporan dari Yonhap News Agency itu memaklumkan, Samsung akan memanggil semula semua telefon pintar Galaxy Note7 yang telah dijual, berikutan beberapa aduan yang mengatakan ia meletup ketika dicas. Ia mungkin berkaitan dengan bateri yang digunakan di dalamnya.

Galaxy Note7 dilancar di New York - S-Pen atas Note7

Samsung dilaporkan akan mengumumkan keputusan siasatan mereka dalam masa terdekat, dan jalan terbaik adalah memanggil semula semua Galaxy Note7 yang telah dijual, walaupun mungkin kurang dari 0.1% unit yang bermasalah.

Berita ini masih belum disahkan Samsung sendiri, tetapi jika ia benar, pastinya ia akan memberi kesan kepada tarikh baru pelancaran Galaxy Note7 di Malaysia, yang ditangguhkan dari jadual awal 19 Ogos lepas.

Sebelum ini, seminggu sebelum tarikh pelancaran asal, Samsung Malaysia menyatakan pelancaran Galaxy Note7 di Malaysia terpaksa ditangguhkan kerana masalah stok yang tidak mencukupi. Bagaimanapun, mereka yang telah membuat tempahan awal tetap menerima tempahan mereka pada 18 Ogos seperti yang dijanjikan.

Kami telah menghubungi wakil Samsung Malaysia tentang laporan ini, dan masih menanti maklumbalas mereka.

[SUMBER]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: