Fitbit Charge 2 dan Flex 2 serlahkan gaya kecergasan peribadi

Pengeluar peranti kecergasan boleh pakai terkenal di dunia, Fitbit memperkenalkan dua gelang tangan kecergasan yang baru, Fitbit Charge 2 dan Fitbit Flex 2. Dengan rekaan kecil dan ringan, ia memberi pengguna lebih kebebasan untuk memantau aktiviti kecergasan dan kesihatan mereka.

Fitbit Charge 2

fitbit-charge-2-semua-warna-warni

Fitbit Charge 2 merupakan versi terbaru gelang kecergasan paling popular dari Fitbit. Ia kini memiliki skrin 4 kali lebih besar berbanding sebelumnya untuk memberikan pengalaman lebih menarik dalam mencapai matlamat kecergasan.

Pengesan degupan jantung di Charge 2 menampilkan teknologi PurePulse, menaiktaraf fungsinya yang kini boleh memberi gambaran tahap kecergasan kardio berasaskan anggaran VO2 Max.

Satu lagi fungsi menarik adalah sesi pernafasan mendalam yang dipanggil ‘Relax’. Kajian mendapati latihan pernafasan boleh membantu mengawal tekanan perasaan, kebimbangan dan mengurangkan tekanan darah.

fitibit-charge-2-di-tangan-wanita

Lebih penting, pastinya tentang senaman. Skrin Charge 2 memaparkan statistik senaman masa sebenar supaya pelarasan semasa senaman boleh dibuat serta-merta. Charge 2 juga boleh mengesan jenis senaman seperti larian, basikal, yoga dan lain-lain secara automatik.

Selain itu, Charge 2 boleh mempergunakan fungsi GPS di telefon pintar untuk memberi statistik masa dan jarak dengan lebih tepat, sambil merakamkan peta laluan di dalam aplikasi.

Untuk lebih gaya peribadi, tali Charge 2 boleh ditukar untuk disesuaikan dengan penampilan. Muka jam turut boleh diubah untuk memberikan notifikasi pintar yang lebih diperlukan.

pelancaran-fitbit-charge-2-harga-dan-aksesori

Fitbit Charge 2 boleh dibeli di Malaysia bermula lewat September ini, di gedung runcit utama seperti AOne Plus, All IT Hypermarket, Courts Malaysia, Harvey Norman, iStore, iTworld, RadioShack dan Senheng. Harga runcit yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Fitbit Charge 2 (RM730) – gegelang klasik Hitam, Biru, Plum atau Hijau Teal.
  • Gelang aksesori klasik (RM130) – empat warna, dijual berasingan
  • Gelang aksesori kulit premium mewah (RM360) – warna merah jambu muda, coklat, dan indigo
  • Akan datang, siri edisi istimewa (RM820) – warna gunmetal dan merah jambu keemasan

Fitbit Flex 2

fitbit-flex-2-semua-warna-warni

Fitbit Flex 2 pula merupakan gelang kecergasan yang minimalis dan ultra nipis. Ia kini 30% lebih kecil berbanding versi sebelumnya. Versi terbaru ini juga lebih kalis air, dan boleh dibawa bersama berendam di dalam kolam renang.

Flex 2 menampilkan lima LED yang memaparkan pelbagai kod untuk menunjukkan pencapaian matlamat harian, serta notifikasi panggilan dan teks. Ia dilengkapi penjejak senaman automatik SmartTrack dan peringatan untuk bergerak setiap jam bagi membantu pengguna kekal aktif.

Lebih menarik, Fitbit kali ini menampilkan banyak pilihan warna dan gaya berbeza bagi Flex 2. Pengguna boleh mengeluarkan badan penjejak, dan memadankannya dengan pelbagai aksesori.

pelancaran-fitbit-flex-2-aksesori-gelang-dan-loket

Selain 4 warna gegelang getah klasik, Flex 2 boleh dijadikan gegelang besi Emas atau Perak. Ia juga boleh ditawarkan sebagai loket dalam warna Emas dan Perak. Fitbit turut bekerjasama dengan pereka dan jenama fesyen seperti PUBLIC SCHOOL dan Tory Burch, menawarkan rekabentuk berbeza bagi yang mahukan gaya tersendiri.

Fitbit Flex 2 akan mula dijual di Malaysia pada bulan Oktober dari pengedar Fitbit di seluruh Malaysia. Harga jualan yang disyorkan adalah:

  • Fitbit Flex 2 (RM450) – gelang klasik Hitam, Ungu Muda, Merah Tua atau Biru Kelasi
  • Aksesori gegelang klasik 3-pek (RM130) dalam warna Merah Jambu (merah jambu muda, ungu muda dan merah tua) dan Sport (kelabu, biru kelasi dan kuning)
  • Aksesori gegelang dalam warna Emas, Merah Jambu Emas (RM450), dan keluli tahan karat Perak (RM420)
  • Aksesori loket dalam warna keluli tahan karat Emas (RM450) dan Perak (RM390)

pelancaran-fitbit-flex-2-harga-dan-aksesori

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: