WD Gold Terima 25% Lebih Ruang Untuk Perkasakan Pusat Data

Dalam bulan April tahun ini, pengeluar perkakasan storan komputer, Western Digital Corporation (WD) telah melancarkan cakera keras siri Gold mereka. Ia disasarkan untuk digunakn pada pusat data. Pada hari ini mereka mengumumkan pula WD Gold yang ditambah kapasitinya sebanyak 25 peratus menjadikan kapasiti tertinggi yang ditawarkan dalam siri Gold adalah 10TB.

160817-wd gold 10tb

Storan WD dalam siri Gold dibangunkan dengan beberapa ciri sangat diperlukan pada sebuah pusat data. Misalnya ia menampilkan teknologi HelioSeal®. Teknologi ini memanfaatkan gas helium yang lengai untuk meningkatkan kecekapan tenaga perkakasan storan yang berkapasiti tinggi. Peningkatan sotran maksimum sebanyak 25% membantu mengurangkan kos operasi pelayan dengan cara meningkatkan kecekapan tenaga sebanyak 8 peratus.

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan WD pada produk WD Gold 10TB mereka:

  • Kecekapan tenaga diperbaik – Teknologi HelioSeal memberikan kecekapan tenaga (watt/TB) sehingga 26 peratus lebih baik berbanding WD Gold 8TB
  • Prestasi yang lebih baik – Prestasi sehingga 21 peratus lebih baik berbanding WD Gold 8TB
  • Keutuhan yang tinggi – WD Gold dibangunkan menggunakan proses yang terbaik untuk mencapai keutuhan yang paling tinggi dalam industri – 2.5 juta jam MTBF (varian 8TB dan 10TB)
  • Talian sokongan khas – WD menawarkan talian sokongan 24/7 melalui (855) 559-3733 (A.S) atau +80055593733 (antarabangsa)

Storan WD Gold 10TB (no. model WD101KRYZ) kini boleh dibeli di kedai-kedai pengedar barangan WD dan harga saranan pemacu keras ini adalah RM3,499. Maklumat lanjut berkenaan produk itu boleh dirujuk di laman rasminya.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: