Tonton Pelancaran Note7 Secara VR Malam Ini

Kurang 12 jam daripada sekarang, Samsung akan mendedahkan Galaxy Note7 mereka di Manhattan Center Studios, Bandaraya New York. Samsung berbesar hati menayangkan majlis pelancarannya secara siaran langsung di laman web mereka.

Tepat jam 11 malam ini, anda hanya perlu layari laman YouTube atau laman rasmi mereka untuk mencari video tersebut. Ada peranti Gear VR? Manfaatkan fungsi VR yang ada pada YouTube!

160802-note7 unpacked ads

Note7 akan meneruskan legasi telefon gergasi Samsung sejak 2012. Sudah tentu pelbagai ciri baharu akan dipadatkan di dalam peranti itu. Kami sudahpun menggariskan 7 sebab mengapa anda mungkin berminat untuk berhijrah ke phablet terunggul ini.

TheSkop akan membawakan maklumat terbaik terus daripada Bandaraya Yang Tak Pernah Tidur itu untuk anda. Terus ikuti kami di TheSkop untuk mengetahui berita Note7 selanjutnya.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: