Test Produk – OnePlus 3 Dengan Pengecas Terpantas Dunia

PENGENALAN

Spesifikasi badang, harga kerdil. OnePlus telah menempatkan nama mereka dalam peta pengeluar telefon pintar selepas pelancaran OnePlus One. Kemudian, dengan mendukung jolokan “pembunuh flagship”, mereka melancarkan pula OnePlus 2.

Tahun ini, telefon ketiga mereka, OnePlus 3 (OP3) hadir dengan lebih gagah. Selaku pengguna OP2 sejak tahun lepas, kali ini saya berpeluang menggunakan OP3 selama lebih seminggu, bagaimana prestasi OP3 berbanding OP2? Telusuri pengalman saya bersama OP3.

REKAAN

Setiap iterasi telefon OnePlus tidak pernah gagal membawakan penambahbaikkan, termasuklah dalam OP3. OnePlus One, walaupun harganya murah, badannya hampir keseuruhannya dibina daripada plastik manakala OnePlus 2 sedikit baik dengan pengenalan besi sebagai kerangka utamanya sungguhpun masih mengekalkan penutup belakang plastik dengan tekstur batu.

160823-op3 depan

160823-op3 belakang

Tetapi, pada OP3 keseluruhan badan luarannya diperkukuh dengan bahan binaan besi dan pada ketebalan hanya 7.4mm, ia 3 peratus lebih nipis daripada OP2.

Walau bagaimanapun, belakang besi bermaksud kurangnya cengkaman yang boleh diberikan pada tapak tangan. Memagang telefon ini menyeriaukan saya kerana terasa ia ingin menggelungsur jatuh dari tapak tangan. Perkara pertama yang anda perlukan apabila beroleh peranti ini adalah mencari casing yang sesuai.

Paparan AMOLED menjadi pilihan OnePlus pada perantinya pada kali ini dan masih mengekalkan saiz 5.5 inci pada resolusi 1080p. Walaupun telah berhijrah daripada panel IPS LCD, bagi pengguna kebanyakkan ia tidaklah memberi perubahan yang besar kecuali pada penghasilan warna yang lebih pekat.

160823-op3 op2 display comparison

Paparan AMOLED pada OP3 (kiri) paparkan warna yang lebih sejuk tetapi pekat berbanding LCD pada OP2 (kanan)

Pada bahagian mukanya, kamera hadapan telah dipindahkan kebahagian kiri bersama-sama pemancar LED. Butang kawalan suara juga dialihkan ke bahagian kiri untuk menyertai butang kekunci. Ia sangat dialu-alukan kerana pada OP2, melakukan screetshot mengugnakan sebelah tangan amat payah kerana kedua-dua butang berada pada sisi yang sama. Maka, perubahan ini memudahkan saya mengambil gambar screenshot.

160823-op3 bawah

Pada bahagian sisi bawah, anda akan mendapati speaker grill pada sebelah kiri disebelah port USB Type-C dan port audio 3.5mm yang dialihan dari sebelah sisi atas. Di belakangnya pula, anda akan menemui kamera bersama-sama flash LED serta lubang mikrofon. Butang kuasa dan pemegang kad SIM boleh ditemui pada sisi sebelah kanan telefon ini.

160823-op3 kamera protrude

Modul kamera yang terpacul keluar beri risiko calar pada kaca pelindung lensa

Badan yang lebih nipis telah memberi masalah pada OP3 kerana modul kameranya terpacul keluar daripada badannya. Daripada segi kosmetik, ia mungkin tidak cantik. Apa salahnya jika OnePlus mengekalkan ketebalan seperti OP2 bagi menghilangkan lengkuk kamera itu dan pada masa yang sama mengisi kekosongan tersebut dengan bateri yang lebih besar?

PRESTASI

Lancar. Itulah sajalah yang boleh dikatakan saya sepanjang penggunaan OP3. Menerima jolokan pembunuh “flagship“, komponen yang dipateri pada pappan induk OP3 tidak boleh diperlekehkan. Seperti flagship tahun ini yang lain, ia digerakkan cip pemproses Snapdragon 820. Pemproses empat teras ini terdiri daripada dua teras berprestasi tinggi dan dua lagi berkemampuan lebih rendah.

160823-op3 cpuz

Petikan maklumat CPU-Z OP3

Yang membuatkan saya kagum helaian spesifikasi OP3 adalah pada jumlah RAM yang dimilikinya. 6GB RAM yang dimiliki OP3 adalah yang pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia. Ia sudah cukup memberikan keupayaan melancarkan pelbagai aplikasi pada satu-satu masa. Untuk rujukan, laptop yang digunakan untuk menulis review ini hanya ada 4GB RAM.

Menggunakan program penanda aras Antutu ver. 6, OP3 menduduki tangga ke-2 diatas vivo Xplay5 dan dibawah satu lagi OnePlus 3. Geekbench 3 juga memberikan hasil yang menarik. Hasil ujian menunjukkan OP3 sekali ganda lebih pantas daripada OP2 dalam kedua-dua kategori ujian, ekateras dan juga multiteras.

160823-op3 antutu

Hasil ujian Antutu Benchmark

160823-op3 geekbench

Hasil ujian Geekbench 3

OP3 menjalankan OxygenOS (OOS) versi 3.2.4 yang menyaluti kerangka Android 6.0.1. Ia dibina amat teliti . Jika anda berhijrah daripada peranti Nexus yang terkenal dengan pengalaman stock-nya, menyesuaikan diri dengan OOS tidaklah sukar.

Antara yang kami gemari tentang OOS adalah ia memberikan lebih kelonggaran kepada penggunannya untuk mengubah beberapa aspek pada antara mukanya. Contohnya, pada tetapan “Customization” anda boleh mengaktifkan “Dark mode”. Ia akan mengubah keseluruhan sistem menjadi warna yang lebih gelap. Bukan sahaja ia akan menjimatkan bateri, malah kuasa pemproses juga dapat disalurkan ke tempat yang lebih memerlukan.

160823-op3 dark light mode

Pengguna boleh mengubah warna latar kepada hitam pada OOS

Fungsi “Gesture” pula memudahkan pengguna melancarkan aplikasi tertentu secara terus walaupun semasa telefon masih berkunci. Contohnya, hanya dengan melukis bentuk “O” pada paparan, anda boleh melancarkan aplikasi kamera. Maka, tidak perlu lagi terlepas detik-detik penting dalam hidup.

Seperti OP2, masih tiada tanda-tanda slot mikro-SD pada peranti ini. Sungguhpun begitu, hanya ada satu varian OP3 ditawarkan, yang mempunyai storan dalam seluas 64GB. Dalam situasi hari ini, ruang penyimpanan seluas itu masih mencukupi kerana sebahagian kandungan multimedia yang kita layan masih berada dalam awan.

Sepanjang penggunaan, OP3 tidak mengalami isu kepanasan melampau, walaupun semasa bermain atau menonton video. Suhu yang direkodkan kebanyakannya berada dalam julat 25 hingga 40 darjah Celsius manakala suhu tertinggi pula tidak melebihi 45 Celcium. Mungkin badan besinya membantu mengalirkan haba ke persekitaran dengan lebih efisien.

160823-op3 suhu peranti

[MUKA 2: Kamera, Hayat Bateri, dan Kesimpulan]

[nextpage title=”Kamera, Hayat Bateri, dan Kesimpulan”]

KAMERA

Kamera utama OP3 memiliki sensor sebesar 1/28″ yang mampu merakam gambar sebesar 16 megapiksel. Fokus dibidik menggunakan teknologi pengesan fasa. Malangnya, autofokus laser daripada OP2 telah disisihkan, begitu juga dengan flash dwi-LED telah bertukar menjadi mono-LED.

160823-op3 camera sample 01

Julat dinamiknya agak baik jika dibandingkan antara latar dengan subjek

Tidak banyak yang boleh diadukan berkenaan perkakas dan perisian kameranya. Semuanya berfungsi dengan baik. Seperti biasa, pengguna akan menerima fungsi-fungsi seperti HDR, HQ, Time-lapse, Slow motion, Video, Panorama. Jika tidak mahu dikongkong oleh sistem semasa menangkap gambar, terus saja tukar ke Manual.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan pada perisian kamera OP3 pada hemat saya. Dalam mode manual, pengguna boleh mengunci titik fokus dan titik exposure bagi memberi lebih kelonggaran semasa menangkap gambar. Walau bagaimanapun, selepas beberapa ketika, sistem akan memadamkannya dan mencari semula fokus.

160823-op3 camera manual

Sistem akan mengambil alih titik fokus yang telah dikunci setelah beberapa ketika

Hal ini sangat menyusahkan kerana ada dalam kalangan kita yang gemar mengunci titik fokus terlebih dahulu dan menunggu subjek masuk ke medan yang telah difokuskan dan terus menekan butang pengatup, seperti yang selalu dilakukan semasa mengambil gambar perlumbaan kereta. Harapnya pihak pembangun dapa memperhalusi perisian kamera ini pada naik taraf yang akan datang.

Selain daripada isu tersebut, kamera pada OP3 memang cemerlang, walaupun tidak mampu menyaingi Galaxy S7. DxOmark masih belum menerbitkan hasil ujian mereka ke atas OP3, tetapi jika dilihat pada OP2 yang mencapai markah 76, kita boleh menjangkakan pencapaian sekitar itu.

160823-op3 camera selfie

Tiada fungsi HDR pada kamera hadapan, kedinamikan latar belakang tidak seimbang dengan subjek

Kamera selfie OP3 menerima sensor sebesar 1/3.2″ yang boleh menangkap gambar sehingga 8MP besarnya. Pada perisiannya pula, ada fungsi pengesan senyuman untuk mulakan kira turun menangkap gambar serta beautify untuk mencantikkan muka.

 HAYAT BATERI

Sungguhpun memiliki kapasiti bateri 300mAh lebih kecil berbanding abangnya. Saya rasakan hayat bateri OP3 lebih baik berbanding OP2. Hal tersebut berkemungkinan hasil daripada penggunaan seni bina Kryo pada Snapdragon 820 yang dikatakan lebih cekap tenaga.

160823-op3 battery life

Screen on Time (SOT) hampir mencapai tiga jam

Saya tidak menghadapi masalah untuk mencapai tempoh penggunaan sehingga 10 jam lamanya dan pernah mencapai tempoh penggunaan melebihi sehari. Pola penggunaan saya agak berat. Saya gunakan OP3 untuk bermesej (Whatsapp, Telegram), bersosial (Facebook, Instagram), navigasi (Waze, Google Maps), melayani kandungan multimedia (YouTube) dan sebagainya,

Contohnya, pada graf Tempoh Penggunaan dibawah, pada garis graf Guna 5, saya telah menggunakan OP3 untuk memandu arah melalui aplikasi Waze dari Kuantan ke Putrajaya dan masih berjaya mencapai tempoh penggunaan sekurang-kurangnya 9 jam.

160823-op3 graf penggunaan

Dash charging sangat mengagumkan! Oleh sebab OnePlus adalah sebuah syarikat miliki pertalian dengan OPPO yang terkenal dengan teknologi VOOC, tidak mustahil OP3 menerima teknologi pengecasan pantas terbaik dunia setakat ini.

Ia adalah fungsi pengecasan pantas yang disertakan buat pertama kalinya pada peranti keluaran OnePlus. Secara purata, Dash charging mampu mengisi bateri sepantas 1.37% bagi setiap minit. Merujuk graf di bawah, kadar cas diperlahankan selepas kapasiti tenaga mencapai 90%. Ia mungkin hasil daripada kawal selia pengecas bagi melindungi bateri daripada telebih cas.

160823-op3 kepala charger

Kepala pengecas OP3 yang mengalirkan sehingga 4 ampere arus

160823-op3 usb charger

Kepala USB telah berubah, kepala USB OP2 senang tertanggal daripada pengecas.

Saya juga telah mengecas OP3 menggunakan pengecas OP2, hasilnya amat mengecawakan. Tanpa dash charging masa yang diambil untuk mengisi bateri adalah 2 jam 33 minit atau 0.64% bagi setiap minit atau lebih 50% lebih perlahan berbanding dash charging.

160823-op3 graf cas

 KESIMPULAN

OP3 adalah sebuah peranti yang utuh secara keseluruhannya. Daripada generasi pertama hinggalah ketiga, peranti keluaran OnePlus sedikit demi sedikit memperlengkap diri dengan berbagai-bagai fungsi yang menarik untuk terus bersaing dalam arena telefon premium.

Seminggu bukanlah masa yang cukup untuk merumuskan hal prestasinya kerana ramai yang mengadu OP2 menjadi semakin perlahan selepas lebih enam bulan menggunakannya. Dalam hal ini, pihak OnePlus perlu sentiasa peka dan terus menyalurkan naik taraf pada OOS secara konsisten agar sentiasa selari dengan pembangunan sistem operasi Android semasa.

Jika ditanya berbaloikah saya menaik taraf daripada OP2? Saya katakan YA kerana beberapa alasan berikut:

  • Cip NFC yang ada pada OP3 sangat berguna jika ingin menggunakan perkhidmatan pembayaran digital seperti Android Pay.
  • Cip pemproses Snapdragon 820 2 kali ganda lebih pandas tetapi 2 kali ganda lebih cekap tenaga.
  • Walaupun baterinya kecil, Dash Chargin boleh mengisi kekosongan tersebut.
  • OP3 menyokong sokongan VoLTE yang dijangka menjadi trend telekomunikasi seterusnya.

Pada harga RM1,888, ia adalah salah satu peranti dengan Snapdragon 820 pada harga kurang daripada RM2,000 yang paling berbaloi untuk dipertimbang selain daripada Mi5.

GALERI GAMBAR

160823-op3 camera sample 02

160823-op3 camera sample 03

160823-op3 camera sample 04

160823-op3 camera sample 05

160823-op3 camera sample 06

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: