Susur Galur Galaxy Note Yang Anda Perlu Tahu

Samsung adalah jenama yang bertanggungjawab mempopularkan telefon bersaiz besar. Sebelum Note yang pertama diperkenalkan pada 2011, rata-rata pengeluar telefon pintar menumpukan pada penghasilan peranti yang kecil, kompak, dan menggunakan iPhone sebagai titik rujukan.

Samsung bukan sahaja melancarkan telefon diluar norma, tetapi berjaya mewujudkan satu kelas telefon pintar yang baharu, dikenali sebagai ‘Phablet’. Tetapi pada awal pengenalannya, perspektif negatif dilontarkan kepadanya sehinggalah Samsung menerbitkan laporan penjualan Note.

Sejak itu, setiap kali generasi Note yang seterusnya dilancarkan, pengguna ternanti-nanti apakah pembaharuan yang ingin Samsung bawakan. Terima kasih kepada Samsung, stailus yang telah terkubur bersama Windows Mobile telah digali semula. Bukan itu sahaja, stailus yang dipanggil S-Pen itu diberi pula pelbagai fungsi untuk memudahkan pengguna.

Setelah lima generasi berlalu, Samsung berjaya menambat hati penggunannya tanpa perlu mengikuti jejak langkah orang lain. Saksikan bagaimana kami mengimbau kembali Galaxy Note dari awal kelahirannya, menerusi video di bawah ini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: