Suit Produktiviti BlackBerry Hub+ terbuka untuk semua Android

BlackBerry baru melancarkan satu lagi telefon Android baru, yang dikenali sebagai DTEK50. Perkara penting yang membezakannya dari telefon Android lain, adalah aplikasi Blackberry yang terdapat di dalamnya.

Priv dan DTEK50, telefon Android keluaran BlackBerry mempunyai beberapa aplikasi produktiviti BlackBerry yang terkenal untuk kegunaan perniagaan seperti Calendar, Contacts, Tasks, Notes, Password Keeper dan paling digemari ramai, aplikasi yang mengumpulkan notifikasi dalam satu tempat, Hub.

Kini, BlackBerry mengumumkan aplikasi produktiviti ini boleh digunakan di peranti Android yang lain, menerusi program pelesenan perisian. Aplikasi produktiviti Blackberry ini boleh digunakan di peranti Android dengan sistem operasi Marshmallow 6.0.

Blackberry lancar program lesen Hub Plus - aplikasi

Menerusi aplikasi BlackBerry Hub+, pengguna Android boleh mencuba aplikasi produktiviti BlackBerry secara percuma selama 30-hari. Aplikasi produktiviti yang disediakan adalah BlackBerry Hub, Calendar dan Password Keeper.

Jika berminat untuk terus menggunakannya, BlackBerry Hub+ ini boleh terus digunakan dengan siaran iklan padanya. Atau, ia boleh dilanggan tanpa iklan pada harga 99sen sebulan. Langganan ini turut memberikan fungsi tambahan seperti Contacts, Tasks, Search, Notes dan Launcher.

Jika anda berminat mencuba aplikasi BlackBerry Hub+ ini, muat turunnya di Google Playstore. Untuk pengguna Priv dan DTEK50, Hub+ datang percuma di dalam peranti BlackBerry.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: