Stor Viveport sediakan lebih banyak kandungan VR

HTC Vive merupakan salah satu peranti realiti maya (VR) paling popular digunakan di komputer. Dalam satu kenyataan di ekspo realiti maya terbesar dunia VRLA, pasukan pembangun Vive mengumumkan stor kandungan VR baru, yang dikenali sebagai VIVEPORT.

Viveport akan menjadi pusat pengalaman VR mengandungi lebih banyak kategori, termasuk memperkenalkan platform Vive Home, kandungan peribadi yang mudah diubahsuai. Ujian Beta Viveport akan dibuka kepada pembangun dalam masa terdekat, sebelum sedia digunakan orang ramai.

Stor kandungan Viveport akan boleh dilayari menggunakan set kepala Vive, pelayar web di komputer dan peranti mudahalih. Ia direka untuk memudahkan pencipta kandungan dan pembina VR, membina hubungan jangka panjang dengan pengguna, di samping membuat keuntungan.

Antaramuka VR Stor Viveport Beta

Seperti di stor perisian lain, Viveport akan memaparkan kandungan berbayar, pembelian di dalam aplikasi, langganan serta beberapa peluang menjana keuntungan yang lain. Viveport akan sentiasa dikemaskini dengan lebih banyak fungsi baru.

Bagi pembangun dan pencipta kandungan yang berminat menyertai komunti Viveport, bolehlah mendaftar di developer.vive.com. Untuk maklumat lanjut, layari Blog HTC Vive.

Set kepala VR HTC Vive bersama aksesoriPerkakas lengkap HTC Vive bersama kawalan tangan

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: