Smart Posmen pembantu komuniti setempat

Perkhidmatan posmen di Malaysia bakal direvolusikan melalui pengenalan aplikasi Posmen Pintar (Smart Posmen). Pos Malaysia memperkenalkan aplikasi ini yang dijangka, akan mula digunakan sekitar bulan ini.

Aplikasi posmen pintar ini akan dibekalkan kepada semua posmen melalui telefon pintar. Ia membolehkan maklumat pergerakan posmen seperti masa, tarikh dan lokasi disimpan.

Smart Posmen. Catalyst for community improvement.

#pos4you #smartposmen

Posted by Nizam Fuaad on Saturday, August 13, 2016

Tetapi perkara yang lebih menarik adalah, aplikasi Posmen Pintar adalah pembantu komuniti. Posmen boleh membuat laporan pelbagai masalah sekitar seperti sampah sarap, dan lampu trafik yang rosak.

Tidak dapat dinafikan, posmen banyak bergerak menghantar surat dan barangan ke seluruh tempat. Menjadikan posmen sebagai pembantu komuniti memang satu langkah yang baik.

Smart Posmen - lapor sampah sarap

Data permasalahan yang dikumpulkan ini akan dimuat naik, dan dihantar kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan susulan.

Aplikasi Posmen Pintar ini dibangunkan oleh Pos Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

[SUMBER]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: