Selangor Cyber Games 2016 sediakan hadiah RM350,000

Bersiap sedialah peminat permainan video di Selangor. Pertandingan e-sukan terbesar anjuran kerajaan negeri Selangor, akan kembali awal bulan depan. Selangor Cyber Games (SCG) 2016, akan berlangsung dari 9 September sehingga 11 September 2016.

Kali ini, hadiah yang ditawarkan lebih besar, serta lebih banyak tajuk permainan dipertandingkan. Jumlah hadiah terkumpul tahun ini bernilai RM350,000. Manakala tujuh tajuk permainan telah dipilih, menggabungkan permainan di peranti mudahalih serta di komputer.

Pelancaran Selangor Cyber Games 2016 - AJK bagusPerasmian SCG 2016 oleh YB Amiruddin Shaari (depan 2 dari kanan)

Senarai pertandingan dan hadiah terkumpulnya adalah:

  1. MPGL Sea Championship Dota 2 – USD50,000 (~RM200,000)
  2. SCG League of Legend Cup – USD15,000 (~RM60,000)
  3. SCG Dota 2 Cup – RM20,000
  4. SCG CS:GO CUp – RM20,000
  5. SCG FIFA 16 Cup – RM20,000
  6. SCG Hearthstone Cup – RM10,000
  7. SCG Ultra Sreet Fighter V Cup – RM10,000
  8. SCG Clash Royale Cup – RM10,000

One City di Subang Jaya, telah dipilih sebagai lokasi acara SCG 2016 pada 9-11 September nanti. Manakala acara yang dianjurkan Majlis Sukan Negeri Selangor ini, diuruskan dengan kerjasama Mineski Events Team dan Big Machinez.

Pelancaran Selangor Cyber Games 2016 - hadiah terkumpul

Dua penaja utama untuk SCG 2016 kali ini adalah Acer Predator, jenama khas permainan video di bawah Acer, serta NVIDIA, pengipta kad grafik terkemuka di dunia. kedua-dua jenama akan menyediakan perkakas komputer berprestasi tinggi untuk kegunaan pertandingan.

Penaja lain yang turut menyumbang menjayakan pertandingan ini adalah SteelSeries, TIME dotCom, One City, Garena, eGG, Twitch, Tourism Selangor, E-Club, MPSJ, Edollar, Mineski Infinity dan Ecity Hotel.

Pelancaran Selangor Cyber Games 2016 - hadiah dan 7 jenis game

Pertandingan utama untuk SCG 2016 pastinya adalah MPGL SEA Championship 2016. Ia mengumpulkan pasukan Dota 2 terbaik dari rantau Asia Tenggara termasuk China, yang akan beraksi di pentas akhir di One City kelak. Ia pasti menjadi tarikan kepada peminat Dota 2 bukan sahaja di Malaysia, malah dari negara jiran.

Untuk maklumat lanjut tentang syarat dan pendaftaran pertandingan, layari lamanweb Selangor Cyber Games. Ikuti juga Facebook Mineski Events Team untuk berita terkini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: