Pokemon Go dah sampai Malaysia

Setelah menunggu beberapa minggu, akhirnya Pokemon Go yang menjadi kegilaan antarabangsa telah tiba di Malaysia. Perkara ini diumumkan secara rasmi menerusi Facebook Pokemon Go.

Malaysia termasuk dalam salah satu daru 15 negara yang boleh mula bermain Pokemon Go secara rasmi. Kebanyakan negara baru ini terletak di Asia Tenggara seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapora, Thailand, dan Vietnam. negara lain adalah Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Persekutuan Micronesia dan Palau.

Pokemon Go boleh mula dimainkan, dengan memuat turun aplikasinya menerusi Apple Appstore atau Google Playstore. Daftar akaun dan pilih karakter serta nama pengguna, kemudian mulakan pencarian untuk menjadi pelatih Pokemon terhebat!

Pokemon Go tiba di Malaysia - Pokedex Pikachu

Pokemon Go merupakan permainan ‘Augmented Reality’ atau realiti tambahan. Pengguna perlu bergerak sendiri untuk menangkap Pokemon, mengumpul peralatan dan bertarung di Gym. Ia turut menggunakan pelbagai lokasi di sekeliling sebagai pusat pengumpulan barang dan Gym pertarungan.

Disebabkan ia memerlukan pengguna bergerak, kadang-kadang pengguna menjadi leka dan tidak sedar akan keadaan sekeliling. Jadi, jaga-jaga jangan sampai terjatuh dalam longkang, termasuk kawasan larangan atau lebih teruk lagi, melintas jalan raya tanpa melihat kiri dan kanan.

Sertai keseronokan bermain Pokemon Go, tetapi jangan sampai ia memudaratkan diri anda. Jumpa anda semua di puncak. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Pokemon Go atau dapatkan berita terkini Pokemon Go menerusi lamanweb rakan kami TheHypedGeek.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: