Peranti VR pertama Xiaomi berharga kurang dari RM1

Akhirnya Xiaomi menyertai dunia realiti maya (VR), apabila mengumumkan penghasilan set kepala VR mereka, Mi VR Play. Seperti biasa, Xiaomi ingin menggegarkan industri dengan menghasilkan produk berkualiti tinggi, yang mampu dimiliki orang ramai.

Xiaomi mensasarkan untuk memberi impak yang tinggi kepada dunia VR di China. Ini kerana China sendiri, masih kurang terdedah kepada peranti dan aplikasi VR.

Pada 1 Ogos yang lepas, Xiaomi telah membuka ujian Beta kepada pengguna di China. Dalam masa 8 jam sahaja, sebanyak 1 juta pendaftaran telah diterima. Kebanjiran minat ini didorong oleh tawaran dahsyat Xiaomi kepada pengguna Beta, iaitu jualan Mi VR Play pada harga hanya RMB1 (~RM0.61) sahaja.

Xiaomi Mi VR Play - spec asas

Harga jualan dan tarikh jualan Mi VR Play ini masih belum ditetepakan, kerana ia bergantung kepada hasil ujian Beta terlebih dahulu.

Mi VR Play dikatakan memiliki rekaan yang lebih baik dari produk VR sedia ada. Luarannya dibalut dengan Lycra, sejenis bahan yang ringan dan tahan lasak. Di masa akan datang, ia boleh diubahsuai kepada pelbagai warna dan rekaan.

Xiaomi Mi VR Play - pelbagai rekaan

Mi VR Play juga datang dengan zip dua hala, yang boleh disesuaikan dengan pelbagai saiz peranti, berukuran dari 4.7-inci sehingga 5.7-inci. Terdapat juga ruangan di hadapan, membolehkan penyesuaian posisi dan pengudaraan.

Selain peranti, Xiaomi turut melancarkan aplikasi Mi VR. Ia adalah platform terbuka dengan pelbagai kandungan dari rakan penyedia. Antara aplikasi yang sudah tersedia seperti Conde Nast Traveler, YouKu dan Korea’s Dooribun.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman produk Mi VR Play di Mi China.

Xiaomi Mi VR Play - pelbagai aksesori hitam

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: