Pemproses Kirin Sasar Cabar Snapdragon Dan Exynos

Dalam era telefon pintar hari ini, ramai pengeluar semikondukter mencuba nasib untuk menerajui barisan pengeluar cip pemproses mudah alih. Sepanjang pengembaraan tersebut, ada yang berjaya, ada yang gagal. HiSilicon adalah satu contoh pengeluar cip pemproses yang perlahan lahan merapati nama-nama besar seperti Qualcomm, Samsung, dan Mediatek.

160809-kirin 950 kirin kedudukan

HiSilicon adalah pengeluar cip pemproses keenam terbesar di dunia

HiSilicon adalah sebuah syarikat milik penuh Huawei Technologies Com. Ltd. yang bertanggungjawa keatas cip pemproses mudah alih yang dinamakan Kirin. Pemproses ini terkenal dengan kecekapan pengurusan tenaganya. Misalnya, pemproses Kirin 920 yang digunakan pada Honor 6 mampu memberikan masa penggunaan selama sehari dengan Screen-on-Time (SoT) melebihi 3 jam. Itulah yang kami rasai pada tahun 2013.

Pada tahun ini, Huawei datang dengan lebih bersedia kerana mereka telah berkongsi rahsia tentnag pemproses terkini mereka iaitu siri pemproses Kirin 95X. Pada pemproses ini, mereka menjanjikan penambahbaikkan pada prestasi, hayat bateri, dan kualiti kamera.

Menjadi kebanggaan HiSilicon, Kirin 955 digunakan pada peranti flagship Huawei iaitu P9 dan P9 Plus. Antara kelebihan pemproses ini berbanding yang sebelumnya adalah:

  • Prestasinya dipertingkat sebanyak 40 peratus jika dibandingkan dengan Kirin 920, hasil penggunaan teknologi proses tempaan FinFET+ 16nm, justeru menadikannya cip pertama yang dihasilkan melalui proses tersebut.
  • Penggunaan teras Cortex-A72 yang terkini memberikan tokokan prestasi sebanyak 11 peratus berbanding teras Cortex generasi terdahulu
  • Kecekapan penggunaan tenaga ditingkatkan hampir 60 peratus selepas pengenalan cip ko-pemproses i5 untuk bekerja selari dengan pemproses utama.

160809-kirin 950 kecekapan tenaga

Kecekapan penggunaan tenaga antara Kirin955, Snapdragon 820, dan Exynos 8890

Selain peningkatan prestasi dan penurusan tenaga, HiSilicon juga memberi fokus pada bahagian berkaitan fotografi. Kirin 955 menerima sistem kamera yang unik dan terbukti pada kamera lensa berkembar P9 dan P9 Plus mereka.

Bukan sahaja kualiti gambar diberi penekanan, perhatian juga diberikan pada kepantasan melancarkan kamera dan autofokus serta keupayaan memproses data daripada sensor gambar dengan lebih berkesan.

160809-kirin 950 kamera sistem

Sistem kamera yang dibangunkan khas oleh Huawei dikatakan mampu menghasilkan gambar yang lebih cantik

Walaupun pemproses seperti Snapdagon 820 dan Exynos 8890 memiliki keupayaan merakam video beresolusi 4K, jurutera daripada Huawei memaklumkan bahawa ia menelan tenaga yang banyak dan tidak cekap. Sebab itulah HiSilicon tidak menyertakan fungsi 4K pada P9 Plus, demi memastikan kecekapan tenaga. Namun, mereka berjanji akan menyertakan fungsi tersebut pada cip yang seterusnya.

Itulah serba sedikit tentang cip pemproses telefon hasil tangan HiSilicon. Sedang pengeluar lain berlumba-lumba merebut tempat sebagai pemproses paling pantas, HiSilicon ada ritmanya yang tersendiri dan lebih fokus pada peningkatan kecekapan tenaga tanpa mengorbankan prestasi.

Anda boleh menemui cip pemproses Kirin 95X pada peranti berikut:

%d bloggers like this: