Nougat premium dari LG?

Dengar cerita LG Electronics nak mula jual model telefon pintar premium baru September ini, begitulah laporan Reuters hari ini.

Katanya, model premium itu bakal jadi peranti pertama yang menggunakan Android 7.0 Nougat sebagai sistem operasi. Ia merupakan kesinambungan dari model V10 tahun lepas. Dijangka nama barunya ialah LG V20.

Menurut laporan Reuters lagi, model terbaru LG G5  yang dilancarkan pada Mac tahun ini, kurang mendapat sambutan. Model Nougat ini diharapkan dapat mengubah angka keuntungan LG tahun ini.

LG G5 depan Reuters

Namun LG terpaksa bersaing dengan Samsung Electronics yang bakal melancarkan model Galaxy Note terbaru minggu ini. Malah Apple Inc juga akan mengeluarkan iPhone terbaru September nanti.

Penulis teringat LG dulu agak popular dengan model yang berinspirasi kulinari seperti Chocolate. Mungkin strategi baru LG perlu melibatkan pilihan yang menyelerakan seperti dulu, senang nak ingat dan ciri khasnya menjadi kegemaran remaja.

Tetapi paling utama, pasaran harus lebih diluaskan. Jadi LG Malaysia, bila nak mula jual LG G5? Pastikan model baru ini turut dibawa ke Malaysia, barulah boleh jual lebih banyak.

[SUMBER]

%d bloggers like this: