Maxis Lancar Filem 360 Darjah Pertama Malaysia

Bersempena dengan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang akan disambut pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini, Maxis Berhad (Maxis) dengan kerjasama YouTube hari ini melancarkan siri video 360 darjah yang pertama di Malaysia melalui kempen “Maxis Rojak 360” mereka. Siri yang terdiri daripada lima buah filem pendek itu adalah air tangan lima penggiat seni tempatan yang terkenal.

Lima anak seni yang dimaksudkan adalah; The Ming Thing dan RED people, dua bintang YouTube yang menempa nama di platform perkongsian video terkenal dunia; Veedu pula ialah pengarah filem Tamil terkenal tanah air; tidak ketinggalan juga, pemenang anugerah di Festival Filem Busan, Junad Mohd Nor serta Barney Chua, pengarah iklan komersial yang pernah memenangi anugerah.

  160825-rojak 360 maxis the ming thing

160825-rojak 360 maxis veedu productions

160825-rojak 360 maxis red people

Pada acara tayangan perdana itu, sebanyak tiga filem pendek dipertontonkan. The Ming Thing dengan projek “Lost & Found” mengisahkan sekumpulan pelancong dari semenanjung Malaysia yang melakukan jungle trekking di Taman Kinabalu Sabah kemudian tersesat. Lokasi penggambaran mereka adalah unik kerana menurut penerbit, kebanyakkan iklan bertemakan Hari Merdeka menggunakan lokasi di Semenanjung Malaysia, walhal Malaysia terdiri daripada dua bahagian, Malaysia Timur dan Barat.

Rojak Cow Cow, filem arahan Veedu Productions pula mengetengahkan satu budaya housewarming kaum hindu iaitu membawa lembu masuk ke rumah. Masalah timbul apabila tuan rumah berkenaan tinggal di rumah pangsa. Mesej yang ingin disampaikan adalah toleransi dengan kepercayaan orang lain demi mewujudkan satu bangsa yang utuh.

RED People pula hadir dengan filem yang unik, menggunakan teknik penceritaan kamera pihak pertama (FPV). Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan berjumpa seseorang yang boleh bertutur dalam lebih daripada tiga bahasa tetapi untuk orang lular, ia agak janggal. Itulah yang ingin diceritakan oleh mereka.

Ketiga-tiga filem tersebut akan dimuat naik ke YouTube bermula hari ini dan baki dua filem lagi akan dimuat naik menjelang Hari Merdeka kelak.

Video 360 darjah lebih sesuai ditonton menggunakan set kepala VR. Untuk memproleh maklumat lanjut tentang kempen Maxis Rojak 360, sila layari www.maxis.com.my/rojak360

160825-rojak 360 maxis VR

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: