Kehebatan GTX10 Mula Menular Dalam Laptop Asus

Melalui seni bina mikro Pascal, Nvidia berjaya mencipta cip grafik yang boleh digunakan pada laptop dan desktop tanpa mengorbankan hayat bateri. Oleh sebab, tidak ada lagi huruf M pada cip grafik laptop yang gunakan GTX10. Asus juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memasukkan cip GTX10 dalam laptop gaming mereka. ROG G752VS dan ROG 752VM adalah dua produk laptop gaming pertama yang memiliki cip grafik GTX10.

160817-asus rog g752

Walau bagaimanapun, Asus tidak menggunakan cip GTX1080, sebaliknya menggunakan GTX1070 dan 1060 pada papan induknya. Usah risau, semua laptop yng menggunakan GTX10 bersedia memainkan kandungan VR kepada pengguna.

Panel paparan pada G752 adalah luas, sebesar 17.3″. Menggunakan teknologi G-SYNC daripada NVIDIA, kadar refresh paparan diselarikan dengan kadar refresh daripada cip grafik bagi menghasilkan paparan yang sangat lancar. G-SYNC menjadikan gaming lebih lancar.

160817-asus rog g752 vr

ROG G752 memiliki sistem pengurusan haba yang unik. Habuk dalam udara yang disedut kipas laptop akan disalirkan kepada satu laluan khas, jauh daripada komponen dalaman. Hal itu menjadikan komponen laptop tahan lebih lama dan mengekalkan kecekapan sistem penyejuk.

Papan kekunci adalah komponen yang amat penting dalam bermain. Kadangkala pemain perlu menekan beberapa kunci serentak semasa bermain. Ghosting adalah fenomena data daripada kekunci menjadi kucar-kacir kerana terlalu banyak kunci ditekan serentak. Tapi perkara ini tidak terjadi pada laptop ini kerana ia ada teknologi anti-ghsting yang membolehkan sehingga 30 kunci ditekan serentak.

Produk ini sudah dijual di Malaysia bermula minggu ini. G752VS yang menggunakan GTX1070 dijual pada harga RM 10,999 manakala G752VM menggunakan GTX1060 RM 7,799. Sila lawati laman produk itu untuk maklumat lanjut.