Jelajah tangkap Pokemon bersama Digi #JomPokemon

Hujung minggu  lepas, kami berpeluang menjelajah Kuala Lumpur menaiki bas HOP-ON HOP-OFF. Tetapi, bas yang dihias secara eksklusif ini, hanya memuatkan pelatih Pokemon terpilih sahaja.

Bas ini disediakan oleh Digi, melalui kempen #JomPokemon. Mereka yang menaiki bas ini, berpeluang menjelajah Kuala Lumpur, dan melawat 190 Pokestop dan Pokegym, bagi menangkap dan melatih lebih banyak Pokemon.

Bas KL HOP ON HOP OFF Digi JomPokemon - 3 pikachu menanti

Jika anda berminat untuk turut sama menangkap Pokemon sambil menjelajah Kuala Lumpur secara percuma, sertai kempen #JomPokemon Digi ini sekarang.

Untuk memenangi tiket eksklusif #JomPokemon ini, apa yang perlu dilakukan adalah:

1. Pilih sesi #JomPokemon yang ingin disertai:
– BAS B & C: Sabtu, 27 Ogos 2016
– BAS D & E: Ahad, 28 Ogos 2016

 

2. Tangkap gambar anda dengan sesuatu berwarna KUNING (macam Pikachu)

 

3. Post gambar anda di event #JomPokemon di Facebook Digi.

 

4. Sertakan ayat yang kreatif bersama hashtag #JomPokemon

Untuk menyertai BAS B & C pada hari Sabtu, 27 Ogos 2016, penyertaan dibuka dari jam 10 pagi 22 Ogos, sehingga jam 10 pagi 24 Ogos 2016.

‎Manakala penyertaan untuk BAS D & E pada hari Ahad, 28 Ogos 2016 pula, haruslah dihantar di antara jam 10 pagi 24 Ogos sehingga 10 pagi 26 Ogos 2016.

Bas KL HOP ON HOP OFF Digi JomPokemon - hatch Snorlax

Penyertaan ini terbuka kepada semua, tidak mengira telko dan rangkaian. Tetapi anda haruslah berumur 18 tahun ke atas. Pemenang akan dihubungi melalui Facebook, dan tidak boleh ditukar milik.

Satu lagi, hanya 55 tiket disediakan untuk setiap bas, jadi jangan terlambat untuk menyertai. Digi juga menyediakan diskaun 10% untuk pembelian PokeCoins, menggunakan pembayaran bil Digi di Google Play.

Untuk maklumat lanjut, semak event #JomPokemon di Facebook‎ Digi.

Bas KL HOP ON HOP OFF Digi JomPokemon - semua peserta

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: