iPhone 7 akan diperkenal minggu depan?

Setahun telah berlalu dan masa untuk telefon baru Apple telah tiba semula. Pada 7 September 2016, Apple akan mengumumkan telefon pintar terbaru mereka yang dijangka akan diberi nama, iPhone 7.

Dengan nombor baru ini, boleh diagak ia akan mempunyai rupa serba baru. Bukan lagi tambahan huruf ‘S’ ataupun ‘SE’ sahaja, yang mengitar semula rekaan badan lama.

Acara pelancaran ini bakal berlangsung di Bill Graham Civic Auditorium di San Francisco, pada hari Rabu minggu depan, 7 September 2016 jam 10 pagi waktu tempatan. Waktu di Malaysia pula adalah jam 1 pagi, 8 September.

Apple iPhone 7 - jumpa anda 7 september

Seperti acara sebelum ini, orang ramai turut boleh menonton pelancaran ini secara langsung melalui laman www.Apple.com menggunakan komputer Mac atau peranti iOS. Untuk pengguna PC, ia boleh ditonton secara khusus menggunakan pelayar Microsoft Edge.

EVleaks menyatakan, ia dijangka mula dijual bermula 16 September 2016. Mengikut sejarah sebelum ini, Singapura sentiasa berada di gelmbang pertama jualan. Jika anda mahu jadi yang terawal memilikinya, bersiap sedia untuk melawat Singapura pada 16 September nanti. Apatah lagi, ia adalah hari cuti awam di Malaysia.

Beberapa khabar angin telah menyebarkan berita yang masih belum pasti tentang iPhone 7. Antaranya kehadiran dua lensa kamera, penggunaan kabel baru dan juga kemunculan model lebih kecil seperti iPhone 5SE.

Apakah yang paling anda harapkan akan ada pada iPhone 7 ini kelak? Harap-harap harapan anda tersebut dimakbulkan Tim Cook nanti.

[SUMBER]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: