Imigresen bakal perkenal sistem perbaharui pasport online

Awal bulan ini hangat diperkatakan apabila rakyat Malaysia yang mahu membuat dan memperbaharui pasport, terpaksa beratur seawal jam 4 pagi. Ia berlaku berikutan bekalan pasport yang terhad.

Untuk mengatasi masalah beratur yang panjang ini, Jabatan Imigresen Malaysia bakal memperkenalkan sistem memohon pasport dalam talian, dikenali sebagai ‘MyOnline Passport’. Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali dalam satu lawatan ke Jabatan Imigresen Johor.

Sistem ini akan mula diperkenalkan di 4 pejabat imigresen dan 2 Pusat Transformasi Bandar (UTC), bermula 1 September 2016. Pejabat Imigresen yang terpilih adalan di Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Putrajaya. Manakala UTC yang terlibat adalah Pudu Sentral, Kuala Lumpur dan juga [email protected], Johor Bahru.

Passport atas Blackberry Passport

Dengan sistem ini, pemohon boleh membuat permohonan pasport baru di mana sahaja, bila-bila masa menggunakan komputer dan juga telefon pintar. Kemudian, pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport baru di kaunter terpilih. Walaupun pemohon menetap di Johor Bahru, pemohon boleh memilih untuk mengambilnya di Putrajaya.

Sistem ‘MyOnline Passport’ diperkenalkan agar permohonan pasport baru boleh dibuat dalam talian, dengan mengemaskini maklumat peribadi, memuat naik gambar dan membuat bayaran melalui kad deit atau kredit. Kemudian, ia boleh diambil dari mana-mana kaunter yang terlibat.

Ia dijangka akan mengurangkan kesesakan di pejabat Imigresen. Jika ia berjalan lancar, sistem ini akan diperkenalkan dengan lebih meluas di negeri lain.

[SUMBER]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: