Hadiah percuma Huawei Weito sempena sambutan Hari Malaysia

Bulan Ogos menandakan tibanya Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos, serta Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September. Untuk meraikannya, Huawei Malaysia mengumumkan satu promosi khas – Sambutan Hari Malaysia #Weito.

Promosi ini akan memberikan lebih ganjaran serta hadiah premium, untuk setiap pembelian peranti Huawei terpilih. Ganjaran yang ditawarkan berupa monopod, beg laptop, mug, kad mikroSD serta beberapa hadiah lain dalam kotak hadiah Huawei. Model peranti Huawei yang terlibat adalah seperti berikut:

Weito Huawei Hari Kemerdekaan Malaysia ke 69 - jadual hadiah percuma

Selain itu, pembeli juga berpeluang menyertai cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah ini berupa percutian untuk 2 orang ke lokasi seperti Hokkaido, Maldives dan paling utama, ke Switzerland. 100 hadiah cabutan saguhati berupa bagasi Samsonite turut disediakan.

Weito Huawei Hari Kemerdekaan Malaysia ke 69 - jadual hadiah cabutan bertuah

Untuk menyertai cabutan bertuah ini, pembeli perlu mengisi borang penyertaan di Stor Huawei terpilih, bersama resit pembelian sebagai bukti pembelian. Pemenang cabutan bertuah ini akan diumumkan pada bulan November 2016, melalui Facebook Huawei Malaysia serta menerusi emel pembeli.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hadiah yang sangat menarik ini. Segera lawati Stor Huawei berhampiran untuk mendapatkan peranti Huawei dan memenangi peluang bercuti ke luar negara.

Weito Huawei Hari Kemerdekaan Malaysia ke 69 - hadiah percuma

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: