Gandakan data TuneTalk sempena Hari Merdeka

TuneTalk mahu memberi hadiah kepada penggunanya sempena Hari Merdeka esok, dalam bentuk kuota data berganda. Seperti namanya, ia diberikan selama 24 jam sahaja pada 31 Ogos 2016.

Tawaran ini diberikan semudah menambah nilai RM30 dalam satu transaksi, dan langgan pelan data TuneTalk. Dengan tambah nilai RM30, pengguna akan menerima 30 minit panggilan, beserta 2GB data selama 30 hari. Manakala tambah nilai RM50, pengguna akan menerima tambahan RM10 kredit panggilan, 50 minit masa panggilan dan juga 3GB data.

Kemudian, jika pengguna melanggan pelan data bulanan 5GB RM68, kuota data mereka akan digandakan menjadi 10GB. Kuota data berganda ini sah digunakan selama 30 hari saja.

Seperkara lagi, jika anda sudah melanggan pelan data, anda boleh mendapat promosi data berganda ini hanya jika pelan ini diperbaharui pada 31 Ogos sahaja. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb TuneTalk.

Data Merdeka berganda dari TuneTalk

[SUMBER]

%d bloggers like this: