Gagal Tempah Note7 Dengan Samsung Malaysia? Kami Ada Alternatif

Hari ini bermulalah tempoh tempahan raja phablet masa ini, Samsung Galaxy Note7, oleh Samsung Malaysia. Tetapi, bukan mereka sahaja yang ingin menjadi pengedar telefon terhangat dalam pasaran. Berikut adalah senarai kedai yang boleh anda lakukan tempahan.

Samsung Malaysia membuka tempahan untuk Galaxy Note7 pada hari ini, dengan diskaun sebanyak RM319.90 daripada harga asalnya. Bersama-sama peranti itu, pembeli akan menerima powerbank sebesar 10,200 mAh, pengecas mudah alih, serta pad pengecas tanpa wayar.

11street.my

11street adalah yang terawal mengumumkan tempahan Galaxy Note7 kepada rakyat Malaysia. 100 unit tempahan yang pertama akan menerima hadiah misteri. Tetapi misteri terungkai apabila mereka memaklumkan hadiah misteri itu adalah sama dengan yang ditawarkan oleh Samsung Malaysia. Pembeli juga akan menerima casing berjenama ROCK.

160808-samsung note7 11street preorder

Warna yang ditawarkan adalah emas, perak, dan hitam pada harga RM3,199. Tempahan boleh dibuat bermula 3 Ogos yang lalu. Layari laman 11street untuk maklumat lanjut.

Lazada+Shopback

Mutualisme antara Lazada dan Shopback memungkinkan anda menerima potongan RM200 serta menerima pulangan tunai sebanyak 4% atas Galaxy Note7 yang dibeli. Anda juga akan menerima pad pengecas wayarles secara percuma.

Caranya mudah sahaja, lakukan pembelian di Lazada melalui portal Shopback berikut. Promosi ini hanya sah sehingga 8 Ogos ini tetapi ShopBack akan hadir dengan promosi yang baharu kelak.

160808-samsung note7 lazada preorder

Peranti yang ditempah dijangka akan mula diedarkan bemula 22 Ogos 2016.

GEMFIVE

Melalui pautan yang berikut, anda boleh menempah Galaxy Note7 anda sendiri pada harga RM3,199. Ia ditawarkan dalam warna emas, perak, dan hitam.

Antara 1 Ogos hingga 9 September, GEMFIVE membekalkan anda dengan kod promosi, SYIOK12, yang membolehkan anda menerima diskaun RM250 daripada harga asal Galaxy Note7.

160808-samsung note7 gemfive preorder

Sila layari pautan berikut untuk maklumat lanjut.

Senheng

Senheng juga tidak mahu terlepas peluang mengedarkan Galaxy Note7. Tawaran yang diadakan mereka hampir serupa seperti tawaran Samsung Malaysia tetapi terhad kepada 250 unit terawal. Sebagai tambahan, Senheng memberikan tambahan setahun jaminan kepada jaminan sedia ada daripada Samsung.

160808-samsung note7 senheng preorder

Senheng juga menawarkan kemudahan pembelian secara ansuran tanpa cengkeram sehingga 24 bulan. Layari laman Senheng untuk maklumat lanjut.

Courts

Dengan tambahan RM7 kepada harga rasmi Galaxy Note7 iaitu RM3,199, pembeli akan menerima barangan seperti set kepala bluetooth, pengecas wayarles, pengecas kereta, pemegang telefon di dalam kereta, kabel mikro-USB, dan penyesuai mikro-USB ke USB Type-C.

160808-samsung note7 courts preorder

Pembelian ansurans juga disediakan dengan cengkeram 1.94% sebulan. Lawati laman Courts untuk melihat tawaran Galaxy Note7 mereka.

Tawaran Daripada Penyedia Telekomunikasi

Maxis

Maxis menawarkan pembelian Galaxy Note7 melalui dua saluran.

Yang pertama adalah melalui program Zerolution mereka. Pada harga serendah RM229/bulan dan kontrak selama 24 bulan, anda akan menerima peranti Galaxy Note7 dengan pelan MaxisOne 128. Dibawah pelan tersebut, anda akan menerima panggilan suara dan SMS ke mana-mana rangkaian tanpa had beserta data sebanyak 10 GB.

Cara kedua adalah dengan membeli pada harga peranti RM3,017.92 dengan bayaran pendahuluan untuk pelan MaxisONE 128/158/198 bersama kontrak selama 24 bulan.

Layari laman web mereka untuk maklumat lanjut.

160808-samsung note7 maxis preorder 2

Digi

Digi menyediakan Galaxy Note7 bersama-sama pelan Digi Pospaid More Internet mereka. Dalam pelan-pelan tersebut pengguna boleh memilih pelan yang bernilai RM68, RM98, RM148, atau RM238.

Bersama-sama pelan tersebut, Digi juga menyertakan beberapa tawaran tambahan. Setiap pembelian Galaxy Note7 akan menerima pad pengecas tanpa wayar, powerbank berkapasiti 10,200 mAh, dan juga pengecas mudah alih. Pembelian beserta pelan RM148 dan RM238 akan menerima data tambahan sebanyak 5 GB

Latari laman web Digi untuk melihat tawaran.

160808-samsung note7 digi preorder

Yes

Yes pula menyediakan dua pelan pascabayar untuk Galaxy Note7. Pospaid 88 memberikan 16GB data mudah alih bersama 8GB data jalur lebar. Postpaid 128 pula memberikan 24GB bersama 14GB data jalur lebar.

Harga peranti yang ditawarkan adalah daripada RM1,508.49 bersama-sama 24 bulan kontrak. Layari pautan ini untuk maklumat lanjut.

160808-samsung note7 yes4g preorder

Celcom

Celcom pula menyediakan Galaxy Note7 pada harga serendah RM2,140 dan komitmen bulanan serendah RM45. Sebanyak tiga pelan pascabayar disediakan iaitu FIRST Blue, Gold, dan Platinum.

Pengguna akan menerima data sehingga 18GB (9GB + 9GB Internet hari minggu), panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian. Berkunjung ke laman Blue Cube Online untuk menempah Galaxy Note7 anda hari ini.

160808-samsung note7 celcom preorder

U Mobile

U Mobile menyediakan Galaxy Note7 melalui pelan Ultimate Device Postpaid Bundle. Sebanyak tiga jenis pelan disediakan iaitu Ultimate Device Postapid Bundle 60, 90, 130.

Pengguna akan menerima sehingga 10 GB data mudah alih bersama-sama perkhidmatan Video-Onz tanpa had. Selain itu, mereka akan menikmati panggilan percuma ke semua rangkaian bersama-sama 65 SMS percuma ke semua rangkaian.

Lawati laman promosi UMobile untuk butiran lanjut,

160808-samsung note7 umobile preorder

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: