Datang ke Celcom Blue Cube dan menangi 14,500 PokeCoins sempena Xpax PokeDay

[PokeCoins ini dibawakan kepada anda oleh Xpax PokeDay di Blue Cube]

Sebagai pemain sepenuh masa Pokemon Go, pasti anda tahu betapa pentingnya PokeCoins dalam misi anda untuk menjadi pelatih Pokemon terhebat. Apa akan anda lakukan jika 14,500 PokeCoins boleh dimiliki dengan mudah? Ya, hanya pergi ke BlueCube yang terlibat!

Bermula dari 13 sehingga 21 Ogos 2016, Xpax mengadakan hari Xpax PokeDay di cawangan Celcom Blue Cube terpilih. Tetapi maklumat tentang Xpax PokeDay ini masih menjadi rahsia.

Bagaimanapun tarikh, masa dan lokasi Xpax Pokeday akan didedahkan melalui Facebook dan lamanweb Xpax. Jadi, mereka yang berminat haruslah sentiasa memeriksa Facebook dan lamanweb Xpax untuk menyertai Xpax PokeDay sekaligus peluang memenangi 14,500 PokeCoins.

Tetapi, hanya 50 yang pertama tiba di lokasi, masa dan tarikh yang tepat sahaja dapat menyertai PokeDay ini. Malah, mereka juga perlu memiliki jumlah tangkapan Pokemon yang diperlukan. 50 orang ini akan berpeluang memenangi sehingga 14,500 PokeCoin setiap seorang.

Xpax Pokeday di Blue Cube - Pikachu

Xpax akan mengadakan 5 PokeDay sepanjang tempoh promosi ini, dengan jumlah pemenang seramai 500 orang. Untuk menjadikan ia lebih menarik, Xpax turut mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah kad tambah nilai Xpax.

Jika anda pengguna Android, anda boleh mendapat diskaun 10% untuk pembelian PokeCoins, dengan membuat bayaran menggunakan Celcom Pay.

Untuk mengelakkan anda terlepas peluang, jangan lupa untuk LIKE Facebook Xpax dan sentiasa semak tarikh, lokasi dan masa PokeDay. Ingat, hanya ada 5 PokeDay diadakan. Jangan terlepas peluang untuk memenangi 14,500 PokeCoins dan membuktikan anda adalah pelatih Pokemon terhebat.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: