Buzzme melahirkan prabayar lebih inovatif

Share Button

Buzzme membuat kemunculan semula di arena telekomunikasi di Malaysia, dengan rupa serba baru. Penyedia talian mudahalih maya (MVNO) ini, menyambut ulangtahun ke-3 dengan logo, tagline dan lamanweb yang disuntik rasa lebih segar.

Dalam majlis sambutan ini, Buzzme mengumumkan halatuju syarikat untuk berkembang bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau ASEAN. Buzzme akan menampilkan produk baru, bersama ganjaran dan tawaran yang lebih menguntungkan pengguna.

Ulangtahun ke-3 Buzzme - sambutan meriah media

Pek permulaan prabayar Buzzme boleh dibeli berharga RM10 dengan RM8 kredit di dalam, atau pek RM30 dengan RM30 kredit disertakan. Caj rata dikenakan ke semua talian, dengan kadar panggilan 18sen/minit, sms 10 sen dan data 5sen/MB.

Untuk menambah nilai, ia boleh di buat di semua cawangan 7-Eleven, mesin E-pay serta dalam talian di lamanweb m8. Khas sempena Olimpik Rio, tambah nilai di lamanweb m8 sekurangnya RM30 dalam satu transaksi, akan memberikan pengguna 30% kredit tambahan. Manakala promosi Merdeka memberikan pengguna 500MB data percuma, untuk tambah nilai minima RM30 juga.

Untuk pelan data yang lebih bernilai, Buzzme memperkenalkan pelan Smarter Bundle. Dengan langganan RM25 sebulan, pengguna akan menerima 1.5GB data, 30 minit panggilan dan 30 SMS. Manakala langganan RM50 sebulan memberi pengguna 4GB data, 60 minit panggilan dan 30 SMS. Pelan ini merupakan promosi yang diadakan sehingga 30 September, dan ia mungkin dijadikan pelan tetap untuk yang mendaftar sebelum tamat tarikh promosi.

Ulangtahun ke-3 Buzzme - pelan pascabayar baru

Jika mahukan pelan data sahaja, Buzzme Smart Surf menyediakan pakej serendah RM5 untuk 200MB, RM25 untuk 1GB, sehinggalah RM135 untuk 8GB. Setiap GB yang dilanggan, akan memberi 1 mata ganjaran. Mata ganjaran yang diperoleh ini, kemudiannya boleh ditukarkan kepada langganan data semula.

Paling menarik, langganan data Buzzme tiada had aktif. Ia boleh digunakan selama yang mungkin, sehingga habis data. Atau langgan pakej ‘Smart Validty’ untuk mengaktifkan talian selama setahun, dengan bayaran RM38 sahaja. Sesuai untuk mereka yang mahu menggunakan telefon sekali-sekala, untuk membuat panggilan dan SMS sahaja.

Ulangtahun ke-3 Buzzme - tawaran dan ganjaran

Bagi menarik lebih ramai pengguna, Buzzme menyediakan banyak promosi seperti insuran percuma, bonus kredit 100% sempena hari jadi, serta kempen BuzzStyle. Dengan tambah nilai RM100, pengguna berpeluang memenangi pelbagai hadiah dari rakan Elit Buzzme seperti Breakout Malaysia, Centro Hair Salon, Sandisk, ZTE dan banyak lagi.

Dapatkan lebih banyak promosi dan tawaran menarik Buzzme, menerusi lamanweb Buzzme dan Facebook Buzzme m8.

Apa komen anda?