Bersukan di telefon pintar dengan Google Doodle

Bersama permulaan Sukan Olimpik Rio 2016, Google juga tidak ketinggalan mengadakan pertandingan doodle khas. Kali ini, menggunakan buah-buahan.

Untuk beberapa minggu akan datang, Google akan membawakan pelbagai buah-buahan segar dari Rio de Janeiro, dalam persaingan untuk merebut gelaran buah paling segar. Mahukah anda turut serta dalam pertandingan ini?

Google Fruit Doodle di telefon pintar Android

Permainan ‘2016 Doodle Fruit Games‘ ini boleh dimainkan, dengan memuat turun aplikasi carian Google menerusi Google Appstore, ataupun Apple Appstore. Kemudian, pilih Doodle untuk mula bermain.

Pelbagai sukan buah-buahan berbeza diadakan setiap hari. Jangan lupa untuk periksa doodle Google setiap hari, dan sertai pelbagai aksi buah-buahan dalam permainan ‘2016 Doodle Fruit Games‘. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb g.co/fruit.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: