Tanda Kalendar, Galaxy Note7 Hadir 2 Ogos Ini

Samsung telah melangkau angka 6 dalam siri Galaxy Note mereka dan akan melancarkan Note7 pada awal bulan hadapan. Note5 dilancarkan tahun lepas pada 13 Ogos dalam acara Unpacked 2015. Seperti kebiasaannya, Unpacked tahun ini akan di berlangsung di tiga tempat serentak iaitu New York City, Rio de Janerio, dan London.

Anda boleh menonton acara tersebut secara langsung menerusi laman Web Samsung pada jam 11:00 AM EDT (11:00 PM waktu Malaysia) pada 2 Ogos 2012.

160713-note7 leak image

Perihal mengapa gergasi Korea Selatan itu melangkau angka 6 dan terus ke 7, terdapat beberapa sebab menurut mereka. Salah satunya adalah untuk menyelaraskan protokol penamaan dengan siri Galaxy S, iaitu S7 dan S7 edge mereka. Hal ini dijangka akan mengurangkan kekeliruan dan pengguna boleh mengjangkakan generasi yang akan datang dinamakan Galaxy S8, S8 edge dan Note8.

Sedang hari pelancaran menghampiri, telah banyak maklumat berkaitan Note7 dibocorkan di laman maya. Apa yang boleh dihimpunkan buat masa ini adalah paparan kuad-HD sebesar 5.7″ diberikan. Salain itu, beberapa fungsi baharu seperti pengimbas Iris, port USB Type-C, dan slot mikro-SD (berkemungkinan menyokong UFS) disediakan. Ia juga dikatakan kalis air dan memiliki antaramuka TouchWiz yang digilap baharu.

Harga Note5 masa ini adalah RM2,699, yang mempunyai ruang storan sebesar 32 GB. Jika anda merasakan ia tidak mencukupi, varian 64 GB juga disediakan, tetapi jangkakan harga yang lebih tinggi.

[sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: