Selepas Marshmallow, Android Akan Beralih Ke Nougat

Walaupun telah dilancarkan pada sesi I/O yang lalu, sistem operasi Android N masih belum mempunyai nama. Tetapi penantian peminat Android telah terhenti apabila Google telah mengumumkan nama baharu untuk Android versi seterusnya iaitu Nougat.

Nougat adalah sejenis manisan yang diperbuat daripada gula atau madu, kacang bakar (almond, walnut, pistachio, hazel dan makadamia), Mereka diadun bersama putih telur yang dipukul sehingga gebu.

Introducing #AndroidNougat. Thank you, world, for all your sweet name ideas! #AndroidNReveal pic.twitter.com/7lIfDBwyBE

Sebahagian kecil ciri-ciri menarik yang ada pada Android Nougat adalah:

  1. Sokongan Project Tango dan Daydream VR
  2. Aplikasi permesejan baharu Allo dan Duo
  3. Mode berbilang tetingkap
  4. Fungsi penjimatan data yang baharu
  5. Mode malam yang mengubah tema sistem operasi kepada warna gelap
  6. Tema untuk Google Keyboard

Jadual naik taraf Android N bagi peranti Google Nexus adalah seperti berikut:

  1. 9 Mac: Android N developer preview 1 (alpha)
  2. 13 April: Android N developer preview 2 (alpha)
  3. 18 Mei: Android N developer preview 3 (beta)
  4. 15 Jun: Android N developer preview 4 (with final APIs and SDK)
  5. ? Julai: Android N developer preview 5 (near-final build)
  6. ? August/September: Android 7.0 AOSP build versi stabil

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: