[PERSONAINTERNET] Mary Clever Girl Suka Layan Fans di Insta

mary 4

Personaliti pertama TheSkop yang aktif bersosial di internet, Mary J Houston. Kalau boleh ‘recap’ balik, beliau finalis rancangan realiti, Clever Girl yang disiarkan di rangkaian TV3 tidak lama dulu.

Ala kalau perasan, salah seorang peserta (tentulah bukan Mary) yang popular dengan Mother Theresa!

Sejak Clever Girl habis siarannya bagi musim pertama, ia merubah kehidupan anak kelahiran ‘mix’ ini yang menetap di Kuantan, Pahang.

TheSkop sempat menemuramah sedikit gadis kecil yang melangsungkan perkahwinannya hari ini dengan si jejaka yang dikenali sebagai Afif.

Apakah pengalaman raya kali ini berbeza terutama sejak popular?

Bagi saya, tak ada beza pun. ‘I still have the same family tradition every raya’. Cuma kali ini lebih sikit sebab saudara-mara and kawan suka berborak dan bertanya lebih pasal pengalaman Clever Girl. Im not popular yang orang semangat nak datang beraya rumah but i do get a lot of raya wishes on my social media now.

Lagipun, raya tahun ni saya sibuk dengan persiapan duduk di pelamin, itulah perubahan paling besar setakat ini..Eceh!

Apa soalan yg biasa saudara-mara tanya?

Soalan yang paling kerap dapat, kenapa dalam TV nampak gemuk! Hahaha. Orang tanya macam mana kehidupan sepanjang dan selepas rancangan realiti tersebut. ‘Pengalaman’, ‘rasa gemuruh tak duduk atas pentas’, ‘kenapa jawab salah’, ‘apa strategi’. ‘Alif hensem ke tak in real life’. Itu antara soalan yang biasa dapat. Banyaklah depa nak tau.

Lagi satu, orang mula tanya, bila nak dapat job. Tengoklah nanti kalau ada rezeki, adalah.

Tahniah Mary mendirikan rumahtangga dengan jejaka idaman, Afif, hari ini

Bagaimana ‘handle’ peminat di FB atau Insta?

Setakat ini, Mary cuba yang terbaik untuk balas semua komen di media sosial. Kalau ada masa Mary akan balas pada masa itu juga tapi kalau tak ada masa, Mary akan balas dua tiga hari kemudian.

Mary suka balas komen di Insta sekarang sebab Mary ada lebih banyak kenalan yang sudi kongsi mereka.

Apa pandangan Mary tentang ‘keyboard warrior’ yang suka mengutuk orang di media sosial?

Keyboard warrior di mana-mana pun ada. Kita berbuat baik, ada yang mengutuk. Kita berbuat jahat apatah lagi. Kalau kita tersilap langkah, ada sahaja tohmahan. Keyboard warrior suka perhatian yang kita beri, lagi kita layan atau lawan lagi dia menjadi-jadi. Sebab mereka tak perlu pun bersemuka dengan sesiapa, selamat dan selesa duduk di rumah menonton TV sambil jari laju menaip kritikan di social media. Ada juga yang join orang lain menghentam, semata-mata ingin dapat lebih banyak like atau followers. ‘At the end of the day’, keyboard warriors yang menggunakan media sosial sebagai satu platform ‘to spread hatred’ perlu sedar yang tindakan membuli mereka boleh memporak-perandakan kehidupan orang lain.

mary 3

Persiapan kahwin? Bagaimana Mary melihat tentang surprise lelaki yang bermewah berbelanja untuk pasangan masing-masing, adakah ia realiti atau wanita ramai yang bermimpi macam cerita Melayu?

Mary bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang bantu persiapan perkahwinan. Kami mula rancang 8 bulan sebelum, itu pun ada yang tak cukup masa. Nasihat Mary bagi mereka yang nak berkahwin, mula rancang majlis secepatnya dan jangan segan minta pertolongan. Ahli keluarga dan rakan-rakan ada di sisi untuk mengelakkan anda menjadi ‘bridezilla’.

Persiapan mental untuk melangkah ke alam perkahwinan pun Mary dah usahakan yang terbaik. Contohnya,Mary buat yang terbaik untuk rapat dengan bakal keluarga. Berusaha untuk jadi individu yang lebih baik, lebih banyak bersabar dan bertoleransi dengan bakal suami. Semua ini pun sama penting dengan persiapan majlis itu sendiri.

Tak salah untuk impikan sebuah ‘relationship’ ala-ala drama melayu. Tapi ukur baju biarlah di badan sendiri. Kalau pasangan tak mampu untuk belikan istana, ketahuilah yang pasangan anda dah berusaha yang terbaik untuk menyediakan rumah yang dipenuhi kasih sayang. Kalau dalam sebuah drama yang pasangannya selalu belikan jambangan bunga, pasangan dalam realiti ini bagi sekuntum bunga petik tepi jalan. Bukan berapa mahal hadiah tu yang kita perlu lihat, tapi nilai kasih sayang yang kita perlu hargai.

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: