Mesin Basuh LG Pecah Rekod Dunia

LG mengadakan pameran promosi mereka di Mid Valley Megamall pada 25 hingga 31 Julai ini. Pada acara tersebut, pelbagai promosi barang kelengkapan rumah disediakan dengan potongan harga yang menarik.

Turut dipersembahkan pada pameran itu adalah keutuhan produk-produk kediaman mereka yang berjaya membuat perkara-perkara diluar imaginasi dan ada diantaranya berjaya memahatnya dalam buku Rekod Guiness dan Malaysia.

Yang pertama adalah rekod “Marathon Menonton Televisyen Paling Lama” dalam Malaysia Book of Records. Lime orang anak muda telah menyahut cabaran untuk menonton pelbagai jenis rancangan televisyen tanpa henti selama dua hari dua malam menggunakan televisyen LG OLED TV.

LG ingin membuktikan bahawa TV mereka tahan lasak, dan mampu memberikan prestasi malar setiap masa tanpa mendatangkan mudarat pada si penonton. Selain itu, LG juga ingin mendemonstrasikan keupayaan TV mereka menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi seperti penghasilan hitam yang jitu serta warna yang gemilang.

Selain TV, mesin basuh mereka juga tidak ketinggalan untuk menempa nama dalam buku rekod Guiness. Bryan Berg, seorang penindan kad professional daripada Amerika Syarikat berjaya membina struktur hanya menggunakan daun terup di atas mesin basuh yang sedang beroperasi pada kelajuan 1,000 rpm.

Struktur berketinggian 3.3 meter itu menggunakan lebih 10,800 keping daun terup dan mengambil masa lebih 12 jam untuk disiapkan. Hal ini membuktikan mesin basuh LG memang senyap dan kurang gegaran semasa beroperasi.

Beralih kepada penyedut hampagas mereka, CordZero. LG CordZero adalah penyedut hampagas berbateri yang kompak. Ia memiliki Smart Inverter Motor(TM) yang menjadikan saiznya 28% lebih kecil berbanding biasa tetaip 13% lebih cekap.

Untuk mendemonstrasikan kuasa sedutan mesin tersebut, LG menerbangkan Sierra Blair-Coyle terus ke Seoul, Korea Selatan. Beliau ialah seorang pendaki professional yang berjaya meraih kejayaan di seluruh dunia. Dalam cabaran ini, beliau menggalas dua buah penyedut hampagas CordZero dan memanjat sebuah banggunan setinggi 140 meter hanya menggunakan kuasa sedutan mesin tersebut. Sierra menyudahkan cabaran itu dalam masa 30 minit.

Lawati laman rasmi pameran itu di  dan muat turun katalog penuh untuk melihat tawaran yang mereka sediakan.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: