Maxis pamer nombor TUJUH sebesar galaksi

Lamanweb Maxis kini memaparkan suatu perkara yang agak besar. Bukan sahaja besar, tetapi bersaiz ‘Galactic’ katanya. Nombor tujuh yang dipamerkan, pastiya tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada Samsung Galaxy Note7.

Maxis memaparkan nombor tujuh tersebut, bersama laman pendaftaran minat. Jika anda ingin menjadi yang terawal mengetahui berita tentang perkara dari Maxis, maka daftarkan emel anda di laman pendaftaran minat ini. Berkemungkinan, Maxis akan memberitahu pelan dan harga telefon pintar yang baru ini secepat mungkin, kepada mereka yang mendaftar.

Telefon pintar Samsung Galaxy Note7 akan dilancarkan di acara Galaxy Unpacked 2016, pada 2 Ogos 2016. Ia dijangka akan tiba di Malaysia, dalam masa kurang dari sebulan selepas tarikh pelancaran ini.

Gambar tertiris yang dikatakan Galaxy Note7

Seperti biasa, Maxis dijangka akan menawarkan telefon baru ini bersama pelan MaxisONE serta pelan Zerolution. Lebih baik lagi, mereka yang membeli Galaxy Note5 atau S6 edge+ tahun lepas melalui Zerolution, pastinya dapat bertukar ke Galaxy Note7 yang baru ini kerana telah cukup haul 12 bulan.

Apakah yang bakal dibawakan Maxis dengan gambar TUJUH ini? Sama-sama kita nantikan. Sementara itu, daftar dulu minat di sini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia