HTC One X9, Yang Terbaik Dalam Siri One Telah Tiba

HTC One X9 bukanlah telefon yang baharu. Ia telah dilancarkan penghujung Februari yang lalu di Barcelona pada acara MWC yang lalu. Apa yang baru tentangnya adalah ia baru tiba di persisiran pantai negara kita.

Ia meneruskan legasi badan besi sepenuhnya seperti semua ahli yang ada dalam keluarga HTC One. Ramai yang menyatakan reka bentuknya hampir meyamai iPhone 6S. Paparannya bersaiz 5.5 inci dan memiliki resolusi HD penuh 1080p. Disebabkan flagship HTC telah meninggalkan penggunaan perkataan “One”, ini mungkin adalah HTC “One” berbadan besi premium yang terakhir.

HTC One X9 tiba - belakang penuh

Kuasa pemproses yang dimiliki peranti ini tidak boleh dipandang enteng. Ia memilki RAM sebesar 3 GB dan digerakkan oleh cip MediaTek Helio X10. Ia menerima ruang storan seluas 32 GB yang boleh diperluas sehingga 200 GB melalui satu slot mikro-SD.

Teknologi BoomSound juga hadir pada peranti ini. Maka, pengguna akan mendapati adanya dua speaker stereo yang menghadap ke hadapan. Maka, tidak perlu dipertikaikan lagi kemampuan audio telefon ini.

HTC One X9 tiba - depan speaker bawah

Pada bahagian optikal pula, satu sensor sebsar 13 megapiksel menjadi kamera utamanya. HTC memasukkan pelbagai fungsi pada perisiannya untuk membuka pintu kekreatifan seluas-luasnya. Paling menarik adalah ia mampu menangkap gambar dalam format RAW.

Untuk sebuah peranti bersaiz 5.5 inci, kapasiti bateri yang dimilikinya agak menarik. Pada 3,000mAh, ia dengan senangnya boleh memberikan waktu penggunaan yang panjang.

Telefon ini dijual pada harga RM1,499 bermula Ogos ini.

160714-htc one x9 spesifikasi

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: