Kita Boleh Mula Menangkap Pokémon Beberapa Hari Lagi

Kemaskini: Pokemon Go kini menyokong cip Intel dan Android N!


Pokémon Go telah cetuskan fenomena sejagat sejak ia dilancarkan secara rasmi di beberapa lokasi pada Hari Raya baru-baru ini, laman maya terutamanya saluran sosial mengalami tsunami post-post berkaitan Pokémon Go.

Tidak cukup dengan itu, saham Nintendo juga melonjak sehingga hampir 59% sejak pelancaran permainan realiti terimbuh itu. Mana taknya, permainan itu mengaut kira-kira $1.6 juta sehari, daripada iOS sahaja, hasil daripada penjualan dalam permainan seperti Pokéball dan lain-lain.

160713-pokemon go mikrotransaction 04

Pada harga serenda RM3.99, pemain boleh membeli 20 biji Pokéball jika tidak berasa malas
untuk mencarinya di Pokéstop berhampiran

Walaupun tidak berada dalam senarai pelancaran, pemain daripada seluruh dunia berjaya memintas halangan tersebut. Ada antara mereka yang memuat turun fail pemasangan, ada juga yang mewujudkan akaun baharu yang ditambat pada rantau tertentu semata-mata untuk memasang permainan tersebut.

Walau bagaimanapun, kegembiraan menangkap Pokémon sambil mengumpul duit raya terhenti kerana pihak pembangunnya, Niantec Inc., telah menyekat akses permainan itu di negara yang bukan berada dalam senarai pelancaran mereka. Tidaklah diketahui mengapa mereka berbuat demikian.

Buat masa ini, hanya penduduk di A.S, Australia, dan New Zealand boleh mengakses permainan tersebut. Tetapi penantian itu akan berakhir kerana satu artikel daripada The Wall Street Journal ada menyatakan bahawa Pokémon Go akan boleh diakses semua oleh benua Eropah dan Asia dalam masa beberapa hari.

160713-pokemon go pokedex 01

Perlumbaan mengumpul raksasa Poké bermula

Pengguna Andorid yang berjaya memuat turun fail pemasangan (.APK) Pokémon Go, dinasihatkan lebih berhati-hati kerana terdapat laporan bahawa fail tersebut telah dijangkiti virus oleh kumpulan yang ingin menangguk di air keruh.

Sungguhpun kita bukanlah kelompok terawal yang boleh bermain Pokémon GO, ia tidak bermakna kita telah ketinggalan jauh dalam persaingan menjadi mahaguru Poke. Kita boleh memanfaatkan masa ini dengan memerhati dan pelajari daripada mereka yang meneroka dunia baharu itu dan kelak apabila beroleh akses, kita boleh terus memecut. Contohnya, video ini ada menggariskan panduan tentang cara yang tidak sepatutnya Pokémon Go dimainkan.

[sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: