Kenangan Hari Raya Kekal Selamanya dengan Galaxy S7 dan S7 edge

[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh perakam kenangan terindah, Samsung Galaxy S7 dan S7 edge]

Hari Raya, hari yang mulia. Penuh bererti kepada kita. Tua, muda, miskin dan kaya. Menyambutnya dengan gembira.

Punyalah meriah bila tiba Hari Raya Aidilfitri ini. Inilah masa untuk keluarga yang jauh bertemu semula serta rakan lama kembali bersua muka. Bagi yang muda, aktiviti mengumpul duit raya pasti menjadi sasaran utama.

Semua ini adalah detik-detik manis yang disambut sekali dalam setahun. Pasti kenangan indah ini mahu diabadikan selamanya. Sebagai pengguna zaman millenia, sudah pasti telefon pintar menjadi pusat merakam dan merekod memori indah.

Untuk itu, tugasan berat ini hanya layak dipikul oleh telefon pintar terhebat masakini, dengan kemampuan kamera terbaik dalam telefon pintar. Ia digelar, Samsung Galaxy S7 dan S7 edge.

Gambar oleh Yaman Ibrahim, menggunakan Galaxy S7 edge

Telefon terbaru Samsung ini dilengkapi teknologi kamera terhebat. Pertama adalah sensor Dwi Piksel yang pertama seumpamanya di dunia. Biasanya ia terdapat di kamera DSLR sahaja, tetapi kejuruteraan Samsung berjaya memuatkannya ke dalam telefon pintar.

Dengan teknologi dwi-piksel, ia mampu memfokus dengan lebih pantas berbanding sensor imej biasa. Ini menjadikan gambar sentiasa jelas dan tajam, walaupun objek bergerak serta suasana yang malap. Suasana raya di malam hari yang dipenuhi sanak saudara bermesra, boleh menjadi memori abadi dengan tangkapan gambar menggunakan teknologi dwi-piksel di telefon pintar Samsung Galaxy S7 dan S7 edge.

Kedua, telefon pintar Samsung yang baru ini dilengkapi apertur yang besar, berukuran f/1.7. Dengan bukaan lensa lebih besar ini, ia membuatkan kamera mampu menangkap lebih banyak cahaya, sekaligus memastikan gambar sentiasa terang di dalam suasana malap.

 Gambar oleh Yaman Ibrahim, menggunakan Galaxy S7 edge

Suasana malam tujuh likur nanti pasti sangat menarik. Lampu pelita yang dipasang di halaman rumah, diserikan dengan ahli keluarga mengacau lemang dan dodol boleh menjadi ingatan sepanjang zaman, jika ia dirakam. Paling bagus, menggunakan Galaxy S7 atau S7 edge.

Tidak perlu lagi risau untuk mengambil gambar dalam suasana malap atau di malam hari, dengan apertur besar f/1.7 yang terdapat di dalam telefon Samsung Galaxy S7 dan S7 edge ini. Ia sentiasa menyediakan pengguna dengan mutu tangkapan seperti profesional.

Jadikan hari raya anda tahun ini lebih bermakna dengan mendapatkan sebuah Samsung Galaxy S7 pada harga RM2,699 atau Samsung Galaxy S7 edge pada harga RM3,099. Sempena hari raya ini juga, Samsung Malaysia turut memberikan pengecas wayarles secara PERCUMA, dan menawarkan diskaun 30% untuk sebuah set Gear VR. Promosi Hari Raya in berjalan dari 23 Mei sehingga 17 Julai 2016. Maklumat lanjut promosi hari raya ini boleh dilawati di laman www.samsung.com/my/raya2016/

Galaxy S7 edge Raya - harga telefon

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: