HP Malaysia tingkat pengeluaran melalui kilang baru di Pulau Pinang

Untuk memenuhi permintaan pengguna Malaysia , HP Malaysia mengumumkan pembukaan satu kilang pengeluaran baru di Pulau Pinang. Kilang ini akan menyumbang kepada penghasilan dan pengeluaran dakwat berkualiti tinggi, bagi pelbagai pencetak HP.

Kilang baru HP ini akan mempergunakan banyak teknologi HP yang telah dipatenkan, seperti penghasilan wafer serta litar integrasi. Sedikit sebanyak, ia mengembangkan industri teknikal dan kejuruteraan di Malaysia sekaligus menyumbang kepada ekonomi.

HP juga akan terus menghasilkan dakwat pencetak yang mesra alam dan mudah dikitar semula. Di samping penggunaan sistem yang lebih hijau seperti lampu LED dan sistem pengurusan pintar yang menjimatkan tenaga, dan juga pengurusan air kitar semula yang dipertingkat.

Kilang baru HP di Pulau Pinang ini kini menggaji 300 pekerja tempatan, dengan 60% tenaga dalam bidang teknikal dan profesional. Dijangkakan, sehingga 900 ruang kerja pakar akan tersedia di kilang tersebut menjelang tahun 2020, menurut laporan dari TheStar.

hp go green featured

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: