Dron Yang Ingin Terbang Di Putrajaya Perlukan Kelulusan Khas DCA

Perbadanan Putrajaya telah menerima arahan berkaitan penggunaan dron di kawasan Putrajaya daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).

Pemakluman itu ada menyatakan apa-apa aktiviti menerbangkan Drone di rantau Putrajaya perlu mendapat kelulusan daripada DCA. Oleh sebab Putrajaya tertakluk di dalam Kawasan Sasaran Penting Malaysia, surat kelulusan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri, perlu dikepilkan semasa berbuat permohonan di DCA.

Buat masa ini, tiada undang-undang khusus berkaitan penerbangan dron dalam mana-mana akta di Malaysia, termasuklah Akta Penerbangan Awam 1969. Sudah pasti pihak legislatif sedang bertungkus-lumus menggubal berkaitannya buat masa sekarang. Sementara itu, negara-negara di luar sana sudah pun mula menguatkuasakan udang-undang bagi mengawal selia aktiviti dron oleh sebab kebanjiran mesin itu dalam negara masing-masing.

160718-gambar putrajaya daripada drone

Dron telah membuka cabang baharu dalam dunia fotografi kerana ia kini boleh diakses secara komersial

Contohnya, Faderal Aviation Adminitraion (FAA), pihak berkuasa dalam bidang penerbangan di A.S, menggariskan beberapa perkara dalam undang-undang penggunaan dron. Maka, kita boleh menjangkakan yang hampir serupa dikuatkuasakan di negara kita tidak lama lagi. Antara yang boleh dirumuskan daripada Small Unmanned Aircraft Rule (Part 107) adalah:

  1. Berat dron wajib tidak melebihi 25 kg.
  2. Dron wajib berada dalam garis lihat pengendali pada setiap masa.
  3. Dron hanya boleh beroperasi semasa siang.
  4. Dron wajib mengelak daripada mana-mana pesawat berpemandu.
  5. Pengedali dilarang menggunakan kamera untuk tujuan navigasi.
  6. Kelajuan maksimum dron ditetapkan pada 87 knot.
  7. Ketinggian maksimum operasi dron ditetapkan pada 120 m.
  8. Cuaca yang dibolehkan dron diterbangkan adalah apabila garis lihat mencapai 4.8 km.
  9. Dron perlu menjalani pemeriksaan prapenerbangan sebelum beroperasi.

CGSO adalah satu bahagian dalam Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab mengekalkan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen, dan keselamatan pegawai-pegawai di semua agensi kerajaan. Ia melindungi negara daripada risiko espionaj dan kebocoran maklumat tanpa kebenaran. Penyandang jawatan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia masa ini ialah Dato’ Aloyah Binti Mamat. Lawati laman web rasmi CGSO untuk maklumat lanjut: http://www.cgso.gov.my/portal/.

DCA adalah agensi yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi melincinkan hal-hal pengangkutan udara serta mengawal selia aktiviti penerbangan di Malaysia. Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman bertindak selaku Ketua Pengarah DCA sekarang. Lawati laman web rasmi DCA untuk maklumat lanjut: http://www.dca.gov.my/.

[sumbersumber gambar]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: