Bayar Terus Daripada Telefon Anda Dengan MaybankPay

Maybank hari ini melancarkan secara rasmi perkhidmatan pembayaran digital mudah alih pertama Malaysia, MaybankPay. Ia membolehkan pelanggan membuat pembayaran tanpa melibatkan wang tunai dengan menggunakan telefon pintar. Transaksi kemudiannya akan dicaj kepada kad Visa yang didaftarkan.

160721-maybankpay terminal paywave

MaybankPay boleh digunakan di terminal VISA payWave di seluruh negara

Pembayaran hanya semudah merapatkan peranti pada pembaca, tanpa perlu melancarkan apa-apa aplikasi. Datuk Hamirullah Boorhan, Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti (CFS) berkata, MaybankPay direka untuk mempercepat dan mempermudah pembayaran.

Perkhidmatan MaybankPay, pada peringkat awal, boleh dinikmati pengguna Android yang merupakan pemegang kad Maybank. Sehingga 8 kad boleh didaftar pada sesuatu peranti jika perlu. MaybankPay akan dikomersialkan bermula pada Ogos ini.

Anda perlu memenuhi kriteria berikut untuk menikmati kemudahan MaybankPay:

  1. Menggunakan telefon Android (Kit Kat 4.4 keatas & mempunyai NFC).
  2. Memegang kad Visa Debit, Visa Credit, atau Visa Prepaid.
  3. Mempunyai akaun GMAIL.
  4. Menggunakan nombor telefon yang berdaftar dengan Maybank.

160721-maybankpay apps samsung s7

Aplikasi MaybankPay pada telefon Android

Bagi merancakkan lagi bahang pelancaran perkhidmatan MaybankPay, Maybank telah mengadakan Maybank Treats Fair bermula 21 hingga 24 Julai. Semasa acara itu berlangsung, pemegang kad Maybank yang berminat untuk merasai perkhidmatan MaybankPay boleh datang ke pesta ini dan mendaftar. Sebelum dilancarkan sepenuhnya pada Ogos ini, MaybankPay hanya boleh digunakan di tapak pesta Maybank Treats Fair sahaja.

Sepanjang pesta tersebut, pengguna boleh menebus mata Treat mereka. Sebanyak 250 reruai akan menyertai pesta ini daripada jenama terkenal termasuklah TGV, Harvey Norman, AEON Big, Best Denki, Gintel, Pandora, EpiCentre, Samsung, Mayflower, Malindo Air, dan Legoland.

160721-maybankpay terminal kopi

Sebagai demonstrasi, Maybank menjual kopi berharga 20 sen dan 50 sen
dengan fungsi pembayaran menggunakan MaybankPay

Selain itu, pengguna akan menikmati penjimatan yang nyata serta beroleh hadiah percuma, menyertai cabutan bertuah, dan menikmati tawaran EzyPay bebas cengkeram. Mereka juga boleh melunaskan saman PDRM menggunakan mata TreatPoints!

Antara artis tempatan yang akan memeriahkan pesta Maybank Treats Fair ialah seperti Najwa Latif, Ziana Zain, Syamel, Nourul Wahab, Sufi, Fahrin Ahmad, Erra Fazira, dan ramai lagi.

%d bloggers like this: