ASUS beri diskaun 50% di hari pembukaan Stor Konsep

Untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahu mendapatkan produk ASUS dengan lebih mudah, ASUS Malaysia dengan kerjasama DirectD, akan membuka satu stor konsep di SS15, Subang Jaya. Upacara pembukaan stor tersebut akan dirasmikan pada Jumaat ini, 22 Julai 2016.

Bersama itu, ASUS turut memberikan promosi eksklusif sempena hari pembukaan, dengan diskaun 50% untuk produk terpilih. Produk tersebut adalah:

  • Telefon pintar ZenFone Max – RM399 (Harga asal RM799) – 5 unit sahaja
  • Telefon pintar ZenFone Go 4.5 – RM149 (Harga asal RM299) – 5 unit sahaja
  • Telefon pintar PadFone S Plus – RM599 (Harga asal RM1,199) – 5 unit sahaja
  • Powerbank ZenPower (9600 mAh) – RM39 (Harga asal RM79) – 50 unit sahaja

Selain pembelian produk, 10 pemegang kad keahlian DirectD yang pertama sampai dan memakai baju biru, akan menerima powerbank ASUS ZenPower secara percuma. Malah, pelbagai peraduan turut diadakan yang menyediakan hadiah seperti ZenFone Selfie, ZenFone Laser, dan ZenFone Go 4.5.

Zenfone Selfie Lihat lebih sempurna

Bermakna, anda perlu jadi yang terawal untuk mendapatkan pelbagai tawaran terhebat dari ASUS dan DirectD ini. Acara pembukaan akan bermula pada jam 11 pagi, 22 Julai 2016 di alamat:

DIRECTD RETAIL & WHOLESALE SDN BHD
NO.79, SS15/4B, SUBANG JAYA, 47500 SELANGOR

Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan produk ASUS dengan harga istimewa ini. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb DirectD dan Facebook DirectD.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: