Apa Rasanya Ada Pada Tahap Terakhir Permainan Pac-Man?

Tahukah anda, markah maksimum yang boleh dicapai dalam permainan Pac-Man adalah 3,333,360? Untuk mencapai kesempurnaan sebegitu Pac-Man perlu menghabiskan setiap palet, palet kuasa, dan buah bonus. Selepas dilancarkan pada 1980, 29 tahun kemudian, Billy Mitchel dari Hollywood berjaya mencapai kesempurnaan dalam Pac-Man pada tahun 1999.

Sebanyak 256 tahap boleh dimainkan tetapi pada tahap ke-21 dan seterusnya, kesukaran akan berada pada tahap maksimum. Yang menariknya, bukanlah pembangunnya yang mengehadkan jumlah tahap, tetapi mesin permainan kehabisan memori untuk memproses kodnya. Semasa membangunkan permainan itu, Toru Iwatani, tidak langsung menyangka akan ada manusia yang akan bermain hingga tahap tersebut dan beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada tahap ke-256.

160722-toru iwatani makan pizza pacman

Toru Iwatani, pembangun Pac-Man yang mengambil inspirasi daripada pizza

Maka, pada tahap yang ke-256, hanya separuh daripada permainan dapat dipaparkan dan separuh yang lagi hanyalah kod rawak yang bertaburan. Fenomena tersebut dipanggil oleh para pemain sebagai “kill screen”. Tiada sesiapapun pernah menghabiskannya kerana syarat untuk menghabiskan sesuatu tahap adalah dengan memakan 244 palet sedangkan hanya 114 dapat dihasilkan dalam “kill screen”.

160722-pacman kill screen

Toru Iwatani sendiri tidak mengetahui tentang “kill screen” sehinggalah diberitahu oleh Billy Mitchell 

Apa yang boleh dilakukan hanyalah menyerah diri kepada hantu…dan mati, daripada itulah jolokan “kill screen”  diberi. Ikuti temubual bersama Mark Mitchell, pemain pertama yang berjaya mencatatkan markah sempurna dalam permainan Pac-Man.

[sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: