30GB data dan Video-Onz tanpa had dengan U Mobile Hero P98

U Mobile hari ini mengumumkan pelan pascabayar baru, Hero P98 yang dibekalkan 30GB data bulanan di samping panggilan tanpa had. U Mobile juga mengumumkan, akan melanjutkan tawaran Video-Onz percuma sehingga hujung tahun ini.

Pelan pascabayar baru Hero P98, memberi peluang kepada pengguna yang mahukan lebih banyak data. Ia bukan sahaja memberikan data sebanyak 30GB untuk kegunaan sebulan, malah ia datang bersama penstriman video percuma tanpa had melalui Video-Onz, di samping panggilan tanpa had jua. Ia juga dibekalkan perayauan data percuma, di 12 negara melalui Data Backpack.

U Mobile turut mengumumkan 7 lagi platform video baru untuk Video-Onz, iaitu kandungan tempatan di The Edge TV dan BFM 89.9, kandungan hiburan di Viki, Dailymotion, YuppTV dan StarLive, serta platform khas untuk peminat anime, Crunchyroll. Ini menjadikan jumlah platform video di Video-Onz menjadi 18 kesemuanya, dari 11 platform sebelum ini.

Semua pelan data prabayar dan pascabayar U Mobile akan terus menikmati data tambahan Video-Onz secara percuma, yang dilanjutkan dari 31 Julai kepada 31 Disember 2016. Kecuali pelan Hero P98, semua pelan data lain akan mendapat kuota Video-Onz yang sama seperti kuota data bulanan. Ini termasuk pelan P70, yang akan dikurangkan kuota Video-Onz daripada tanpa had, kepada 7GB sahaja selepas 31 Julai 2016.

18 platform video baru di U Mobile Video-Onz

U Mobile menambah satu lagi tawaran Video-Onz khas untuk pengguna pelan Hero P98. Mereka dapat menikmati langganan video percuma dari salah satu rakan kongsi Video-Onz, sehingga 31 Julai 2017. Contohnya, bulan Julai nikmati iflix percuma, bulan Ogos pula tonton viu percuma.

Pelan pascabayar terbaru U Mobile Hero P98, boleh dilanggani mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang pelan pascabayar Hero P98 serta terma & syarat terkini, sila layari u.com.my/postpaid.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: