YouTube Malaysia Perkenal Anugerah Iklan Terbaik 2016

Satu kajian yang dijalanikan oleh Google Malaysia mendapati bahawa warga Malaysia antara 16 dan 34 tahun menonton lebib banyak kandungan YouTube berbanding TV. Menyedari akan kepopularan portal video itu, YouTube Malaysia akan menganjurkan ‘Minggu YouTube Malaysia’ pada 5 Disember ini untuk menghargai penyumbang tempatan dan antarabangsa yang membuatkan platform itu gah sedemikian rupa.

Acara yang diadakan selama seminggu itu akan diwarnai dengan program pameran untuk pengiklan dan agensi, bengkel untuk penyedia kandungan dan demonstrasi produk di reruai interaktif. Malaysia Advertising Association (MAA) dan Advertising + Marketing Magazine berbesar hati untuk menyokong dan menjadi rakan rasmi Minggu YouTube Malaysia itu.

Youtube paling ramai ditonton 2015 - MAS Fitrah 3

Iklan YouTube terbaik 2015

YouTube juga akan mengadakan program sulung Anugerah Ads YouTube Malaysia 2016. Oleh hal demikian, YouTube kini menyeru penyertaan untuk dicalonkan dalam kategori-kategori yang telah disediakan menggunakan borang berikut. 10 kategori yang diwujudkan adalah:

  1. Iklan Terbaik YouTube Malaysia 2016
  2. Kewangan
  3. Penjualan
  4. Pelancongan
  5. Barangan Pengguna
  6. Teknologi & Telekomunikasi
  7. Penceritaan Terbaik
  8. Intro 5 Saat Terbaik
  9. Iklan Panjang Terbaik
  10. Iklan Animasi Terbaik

“Kandungan yang berkualiti semestinya menarik minat khalayak. YouTube terus menjadi platform video dan sosial yang mengangkat pengeluar kandungan dan jenama. Ia mengalu-alukan gagasan baharu dan sentiasa dibentuk oleh penontonnya sendiri,” kata Sajith Sivanandan, Pengarah Urusan Google Malaysia, Vietnam, Fillipina, dan Pasaran Membangun.

Untuk maklumat lanjut tentang Minggu Youtube Malaysia dan Anugerah Ads YouTUbe Malaysia, sila layari pautan berikut: http://www.marketing-interactive.com/youtubeweekmalaysia/

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia