YES Bangkit Semula Dengan 4G LTE & VoLTE

Bersedialah mengalami pengalaman 4G revolusioner. YES 4G secara rasminya melancarkan perkhidmatan 4G LTE mereka dengan cakupan sehingga 85% kawasan berpenduduk Malaysia. Penyedia rangkaian mudah alih yang bernaung bawah YTL Communication itu, adalah operator pertama negara ini yang memperkenalkan perkhidmatan Voice-over-LTE (VoLTE).

Ia membolehkan perhubungan suara berdefinisi  tinggi dan sangat jelas berlaku semasa memanggil. Tidak cukup dengan itu, mereka juga melancarkan peranti khas keluaran mereka, Yes Altitute. Ia adalah peranti Android mampu milik, agar perkhidmatan VoLTE boleh dinikmati lebih ramai lapisan masyarakat.

Pelancaran Yes 4G LTE - dirasmikan menteri

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Y.B. Datuk Seri Panglima (Dr.) Salleh Said Keruak, merasmikan pelancaran rangkaian Yes 4G LTE beserta peranti Yes Altitude. Beliau diiringi oleh Pengerusi YTL Corporation Berhad, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Panglima (Dr.) Yeoh Tiong Lay bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communication, Wing K. Lee.

Wing berkata, “Kami berbangga dengan pelancaran pelan “Double Data” pertama kami. Ia memberikan pengguna akses kepada perkhidmatan jalur lebar 4G Wimax serta 4G LTE, melalui hanya satu pelan. Pada harga RM70 sebulan, mereka menerima 16GB data 4G LTE dan 8GB data jalur lebar untuk tablet mereka. Mereka juga akan menerima sebuah peranti Yes Altitude secara percuma!”

Pelancaran Yes 4G LTE - Free Altitude

Yes Altitude adalah telefon yang menyokong rangkaian 4G LTE dan teknologi VoLTE. Ia adalah hasil tangan YTL Communication sendiri, bagi membolehkan lebih ramai menikmati perkhidmatan LTE mereka.

Telefom Yes Altitude memiliki paparan IPS HD seluas 5 inci. Dua slot kad SIM yang disediakan padanya menyebabkan pengguna tidak perlu bertukar-tukar SIM kad, untuk menikmati perkhidmatan 4G yang amat laju. Telefon itu dijual pada harga RM399 (termasuk GST) dan adalah telefon VoLTE paling murah dalam pasaran setakat ini. Ia hadir dalam tiga warna iaitu emas, putih, dan perak.

Pelancaran Yes 4G LTE - telefon Yes Altitude

Untuk melanggan plan Yes “Double Data”, anda boleh berkunjung ke mana-mana kedai YES, rakan eksklusif YES dan mana-mana kedai bertauliah di seluruh Malaysia atau, mereka boleh lawati laman web www.yes.my/store untuk maklumat lanjut.

Baca juga laporan ujian kami tentang liptan Yes 4G LTE di sekitar Kuala Lumpur, serta ujian panggilan VoLTE di sini.

Pelan Pascabayar & Prabayar Yes 4G LTE

Pelancaran Yes 4G LTE - harga pelan Yes Double Double

Pelancaran Yes 4G LTE - harga pelan prabayar

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: